Sebanyak 16 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya iaitu dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park akan digantung operasi selama 7 hari bermula hari ini.

Rakyat dinasihatkan untuk menggunakan alternatif lain pada tempoh tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, stesen lain akan beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.

Susulan pengumuman itu, para pengguna LRT laluan Kelana Jaya meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan perkhidmatan LRT untuk beroperasi lebih-lebih lagi stesen yang menjadi menjadi tumpuan setiap hari seperti KL Sentral, KLCC, Pasar Seni dan Masjid Jamek tidak beroperasi.

Tinjauan BERNAMA di lokasi KL Sentral sudah cukup memperlihatkan kegusaran ribuan pengguna yang ‘tersekat’ di sana kerana tidak dapat menaiki tren untuk pulang ke rumah.

Berdasarkan perkongsian lain, ramai yang berkata sistem feeder bus yang disediakan Rapid KL sebagai alternatif ternyata tidak mencukupi dan mengambil masa yang lebih lama untuk mereka tiba ke destinasi.

Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren LRT laluan Kelana Jaya pada Sabtu lal.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataannya memaklumkan, pihak Thales Group di Kanada selaku pengilang peralatan asal (OEM) telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut.