Semalam kecoh di media sosial apabila seorang rapper ‘terkenal’, Zynakal naik angin dengan direktor muzik sebuah radio swasta. Kerana terlalu marah, Zynakal memuat naik perbualan antara beliau dan direktor muzik berkenaan di profil Instagram miliknya.

Tidak pasti apa yang membuatkan beliau terlalu marah dengan direktor muzik berkenaan sehinggakan sanggup menulis perkataan ‘pergi mampus’ dalam perbualan antara mereka berdua. Malah, beliau turut mengeluarkan kenyataan jika bukan kerana lagu hebat ciptaannnya, orang tidak akan dengar stesyen radio tersebut.

Posting tersebut tidak mendapat respon yang positif daripada peminat beliau yang mengatakan Zynakal tidak beretika kerana berkongs perbualan yang sepatutnya rahsia di WhatsApp. Beliau turut dituduh sudah lupa diri dan bangga kerana sering dilihat lepak bersama kumpulan K-Clique terutamanya MK.

Mengetahui dirinya salah, beliau sudah pun memadam posting tersebut tetapi ianya sudah terlambat kerana screenshot perbualan itu sudah pun berlegar di Twitter dan Facebook.

https://twitter.com/kimyaqee1/status/1166577534617739265

Terbang merupakan single teragung Zynakal yang kini sudah mendapat tontonan 7 juta views di YouTube. Sebelum ini, stesyen radio berkenaan sudah pernah memanggil Zynakal untuk mempromosikan lagu Terbang ini.

Jadikan perkara ini pengajaran untuk kita semua. Walau marah macam mana sekali pun, janganlah bawa ke media sosial. Atau jika mahu meluahkan perasaan, gunalah ayat yang lebih teratur dan enak untuk dibaca. Tambah-tambah lagi rapper yang semestinya penuh kosa kata di minda.

Untuk artis pula, jangan cari gaduh dengan media kerana tanpa bantuan mereka, tak jauh seseorang artis boleh menapak dalam industri. Bila sudah di atas, kenang kembali bukan maki atau ayat yang pernah diungkap akan makan diri.

Adakah ini gimik untuk single terbaru daripada Zynakal? Kita tunggu penjelasan daripada tuan punya badan berkenaan isu ini.

Berminat dengan industri rap tempatan? Boleh baca lagi di bawah

Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara

5 Rujukan Tentang Malique Yang Ada Dalam Lagu ‘Mambang’

‘Artifisial’ Diss Track Padu W.A.R.I.S Buat Ben Ladin