Sebelum ini, ada dalam kalangan netizen mendakwa adik lelaki kepada Nurulhidayah iaitu anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan Siti Bainun.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lantaran itu, hubungan antara keluarga Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Siti Bainun rapat apabila gambar mereka tular di media sosial. Menjawab dakwaan netizen, Nurulhidayah menjelaskan bahawa mereka sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan wanita tersebut dan menentang keras penderaan yang dilakukan terhadap Bella.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurutnya, dia mengakui pernah mengenali Siti Bainun dan rapat dengannya tetapi dirinya terasa dikhianati apabila mendapat tahu wanita yang dianggap suka membantu orang lain itu sebenarnya mempunyai personaliti seperti itu.

Pada awalnya, Nurulhidayah mengatakan pernah mahu menjodohkan adiknya dengan wanita tersebut dan hubungan mereka berdua menjadi rapat. Akan tetapi, hubungan tersebut tidak panjang dan toksik.

Oleh itu, dia menentang perhubungan adiknya dan Siti Bainun. Tambahnya, pendedahan ini demi mempertahankan maruah keluarga dan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa.

Bukan itu sahaja, Datuk Seri Zahid Hamidi juga menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan Siti Bainun dan meminta agar orang ramai tidak mengaitkannya dengan tuduhan tidak berasas.

Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi turut menegaskan yang beliau tidak akan melindungi sesiapa yang didakwa terlibat dengan jenayah dan turut mengharapkan keadilan ke atas Bella.

Sementara itu, kami kongsikan kronologi kes Bella pada pautan di bawah ini.

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya

‘Sepasang Baju Raya Buat Bella’ – Mengapa Aku Nekad Untuk Terus Tuntut Keadilan Buat Bella