Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi dan selain daripada membeli barangan keperluan, anda pasti sibuk membersihkan rumah agar kelihatan berseri.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Khairul Anwar Zainal Abidin telah berkongsi bahawa dirinya dan isteri ditipu oleh sebuah syarikat pembersihan yang menawarkan perkhidmatan pembantu rumah mengikut jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, Khairul menemui iklan tentang perkhidmatan pembantu rumah di Facebook dengan harga yang murah. Berminat dengan tawaran itu, lalu Khairul menghubungi syarikat Home Cleaning MY untuk membuat tempahan slot.

Kemudian, pihak syarikat itu memberikan link kepada Khairul untuk membuat pembayaran dan Khairul tidak mengesyaki sebarang aktiviti luar biasa kerana prosesnya sama seperti melakukan transaksi pembayaran lain.

Akan tetapi, berlaku ralat sebanyak 2 hingga 3 kali ketika Khairul membuat pembayaran dimana pembayaran ditolak dan dia memberitahu kepada syarikat itu bahawa aplikasinya bermasalah.

“Pada keesokan harinya, syarikat itu respon dia tidak boleh lock slot cleaning selagi tak terima payment. Then, aku cuba sekali lagi dengan guna akaun CIMB wife pula. Still masalah yang sama, masuk username dan password then error .” ujar Khairul

Kemudian, Khairul telah memaklumkan kepada syarikat itu bahawa masalah sama tetap terjadi dan meminta untuk membayar secara tunai. Dalam 15 minit selepas itu, isterinya mendapat pemberitahuan bahawa berlaku pengeluaran akaun sebanyak 6 transaksi dan setiap transaksi berjumlah lebih RM5,000.

Lalu, Khairul pun menyemak akaun bank miliknya kerana sebelum ini membuat transaksi menggunakan akaunnya. Hampa apabila baki akaunnya tinggal RM20 sahaja dan menjadikan mereka kerugian hampir RM30,000.

Difahamkan, Khairul telah membuat laporan polis dan pihak bank akan menyiasat perkara tersebut. Perkongsian tersebut telah tular di media sosial dan meraih perhatian netizen.

Rata-rata netizen berasa kasihan kepada Khairul dan isteri serta berharap wang mereka dapat kembali. Diharap dengan perkongsian ini, orang ramai akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang transaksi agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan modus operandi penipuan pada pautan di bawah ini.

Mangsa Ini Dedah Modus Operandi ‘Scam’ Kerja Sambilan Selepas Rugi Hampir RM16,000

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan