Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pilihan orang ramai untuk melancong. Tahukah anda bahawa terdapat penginapan dengan pemandangan ‘mini Paris’?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @irfanbendanial telah berkongsi sebuah video memaparkan sebuah penginapan di Pulau Langkawi. Menariknya, dari jendela bilik, anda dapat melihat bangunan seperti Eiffel Tower dan membawa ‘vibes’ berada di Paris.

@irfanbendanial

Hotel Baru di Langkawi menghadap MAHA TOWER. Baik korang pergi sebelum viral tau. #fyp #travel #langkawi #malaysia #cutimalaysia

♬ original sound – Ian Asher

Untuk pengetahuan anda, penginapan tersebut adalah We Hotel dan bangunan seperti Eiffel Tower itu adalah MAHA Tower. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mahu pergi menginap di sana dan merasai pengalaman seperti berada di Paris. Malah ada juga yang berasa geram kerana lelaki itu telah tularkan hotel tersebut sebelum mereka sempat mencubanya.

Menerusi tinjauan kami, bilik menghadap MAHA Tower itu sudah ‘fully booked’ pada bulan Januari dan jika anda mahu mencubanya bolehlah buat tempahan di sini. Harga penginapan bermula dari RM78 untuk satu malam dan pastinya cukup berbaloi.

Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih seratus ribu tontonan dan mendapat lebih sepuluh ribu tanda suka. Bagi anda yang mahu ke Langkawi bolehlah cuba penginapan ini.

Sementara itu, kami kongsikan aktiviti yang anda boleh lakukan di Langkawi pada pautan di bawah ini.

23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!

Tip Dan Itinerari Bercuti 5 Hari Di Langkawi Termasuk Aktiviti Skydiving

Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik