SUV Proton X50 dan X70 bukan sahaja menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan di Malaysia. Bahkan, kedua-dua SUV itu mempunyai demand yang agak baik di pasaran antarabangsa.

Pada September lalu Proton telah melancarkan model X50 dan X70 di pasaran Afrika Selatan, selepas 10 tahun Proton meninggalkan pasaran negara tersebut. Kali ini Combined Motor Holdings (CMH) menjadi pengedar Proton yang baharu.

Baca Juga:

Stacey and J Sbu, pasangan DJ radio East Coast Radio telah memuat naik video review ringkas mengenai model Proton X50 yang baru sampai di tempat mereka.

“Kereta ini merupakan SUV mewah dan sporty. Bahagian interior pula sangat sleek. Pada masa sama kita juga boleh bercakap dengan kereta ini,” kata Stacy.

Kedua-duanya berasa sangat kagum apabila melihat sunroof  terbuka dengan sendirinya sejurus J Sbu memberikan arahan ‘Hi Proton’ kepada SUV tersebut.

Tambah Stacey dan J Sbu lagi, kereta Proton X50 ini mempunyai ruangan yang cukup luas untuk membawa pelbagai muatan. Bahkan, Stacey mencuba sendiri duduk di dalam ruangan bonet kereta.

Sumber Gambar: Facebook East Coast Radio

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif CMH menyatakan syarikat mereka segera mengambil peluang untuk menjadi pengedar Proton kerana terdapat jurang dalam pasaran SUV di negara tersebut.

“Terdapat banyak jenama mewah yang menjual SUV di Afrika Selatan, tetapi kebanyakannya tidak mampu dimiliki oleh pembeli kereta biasa di sini.

“Rancangan kami mahu mempunyai 25 pengedar dalam tempoh enam bulan, 17 daripadanya telah pun menjalani latihan jualan dan teknikal. Rangkaian penuh alat ganti juga sudah tersedia di pusat pengedaran kami supaya pelanggan boleh membeli kenderaan daripada kami dengan yakin,” tambahnya.

Harga untuk sebuah Proton X50 bermula daripada R449,900 (RM117,886) untuk varian Standard sehingga R579,900 (RM151,950) untuk model TGDi Premium. Manakala Proton X70 pula bermula pada harga R529,900 (RM138,848) bagi varian Standard sehingga R639,900 (RM167,672) bagi varian Premium.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.