Seperti ‘best friend’, tidak lengkap seorang wanita itu tanpa memakai barangan kemas. Setiap pemakai barangan kemas akan terlihat memiliki aura positif dan lebih berseri.

Percaya atau tidak, emas mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada wanita selain membuatkan aura wajah kita nampak lebih muda. Antara kelebihan emas adalah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan, melancarkan peredaran darah dan oksigen, baik untuk kesihatan mental dan membuatkan wanita berasa relaks.

Sebut tentang barangan kemas, Poh Kong merupakan jenama yang sering mengetengahkan rekaan-rekaan barangan kemas terkini dan tidak lapuk ditelan zaman serta ia sesuai digayakan oleh semua peringkat umur.

Tidak percaya? Tahukah anda bahawa koleksi emas Tranz oleh Poh Kong adalah antara koleksi ‘best seller’ jenama tersebut! Maka, kami ingin kongsikan kepada anda koleksi Tranz yang hadir dengan 4 tema rekaan iaitu Classic, Love, Nature dan Duet. Jom kita mulakan!

1. Classic

Bagi koleksi Classic, ia menggunakan garis dan rekaan yang kemas serta ‘simple’ sesuai untuk semua. Sederhana dan miliki rekaan yang cantik, rekaan koleksi ini menonjolkan sisi keabadian yang tidak lapuk ditelan zaman.

Setiap kepingan terlihat eksklusif dan terperinci akan membuatkan pemakainya kelihatan anggun dan versatile. Barulah ramai terpesona dengan kecantikan yang ditonjolkan oleh pemakai koleksi ini.

Koleksi ini turut datang dalam set lengkap merangkumi rantai leher, gelang tangan, cincin, bangle, loket dan juga anting-anting. Sangat sesuai untuk memakai koleksi ini ke majlis-majlis dan perayaan kerana rekaannya sangat sederhana.

2. Love

Berbeza pula dengan koleksi Love kerana ‘highlight’ untuk rekaan koleksi ini berbentuk hati. Sebagai lambang cinta, koleksi Love direka dengan diinspirasikan alam semulajadi dan juga disulam dengan imaginasi.

Selain itu, para pemakai koleksi ini akan lebih berkeyakinan untuk menakluki banyak perkara dan juga lebih ghairah dalam melakukan sesuatu hal.

Sebagai tanda anda menghargai dan mencintai seseorang, rekaan bentuk hati ini akan membuatkan pemakainya sering ingat bahawa cinta itu membahagiakan. Apabila bahagia, wajah seseorang itu akan lebih terlihat berseri.

Keindahan daripada rama-rama seringkali menjadi lambang cinta dan bentuknya yang cantik mengajarkan bahawa cinta sememangnya indah. Bentuk rama-rama ini kelihatan seperti hati. Oleh itu, jika anda mahu memberitahu perasaan cinta dan sayang anda kepada seseorang, apa kata hadiahkan koleksi Love ini sebagai cara ungkapkan perasaan anda.

Bagi koleksi Love ini, ia tampil dalam set lengkap merangkumi rantai leher, gelang tangan, cincin, bangle, loket dan juga anting-anting. Percayalah, anda akan kelihatan cantik menawan dengan menggayakan koleksi Love ini. Memang cun!

3. Nature

Bagi anda yang gemar motif berunsurkan alam, koleksi Nature adalah pilihan terbaik untuk anda. Koleksi ini memberi penghormatan kepada alam semulajadi dan reka bentuknya memperlihatkan misteri alam semulajadi yang didiami kita.

Malah, koleksi Nature ini dipengaruhi oleh fesyen ‘avant garde’ dimana rekaannya ‘fresh’ dan unik.

Secara jujur, rantai dengan loket bercorak belang harimau ini boleh dikatakan cukup memukau. Memang sesuai untuk individu yang sukakan ‘kebebasan’ dan berani dalam melakukan banyak perkara dalam hidup.

Manakala, rekaan labah-labah sesuai digayakan individu yang suka memperagakan fesyen unik. Malah, ia menunjukkan jiwa seseorang yang kelihatan ‘soft’ pada dasar tetapi miliki jiwa yang berani.

Tidak hanya itu, rekaan lebah hadir dengan set lengkap merangkumi rantai leher, gelang tangan, cincin, bangle, loket dan juga anting-anting. Selain mengetengahkan rekaan lebah, dapat dilihat pada gelang dan rantai turut diletakkan bentuk bunga. Memang sesuai dipakai untuk individu yang sukakan gaya simple tapi unik.

Selain itu, rekaan pepatung ini juga menunjukkan kebebasan dan menunjukkan keberanian. Sangat sesuai untuk digayakan oleh mereka yang ‘carefree’ dan sukakan ‘nature’.

4. Duet

Koleksi duet ini sebenarnya direka khas untuk wanita dan lelaki yang menarik minat ‘raw’ setiap individu. Malah, ia juga menampilkan cetakan haiwan pada emas dan gaya visceral dibawa ke tahap sophistication selanjutnya.

Bagi koleksi Duet ini, ia hadir dalam set lengkap merangkumi rantai leher, gelang tangan, cincin, bangle, loket dan juga anting-anting yang pastinya membuatkan pemakainya berada dalam kelas tersendiri. Koleksi ini sesuai untuk anda gayakan di majlis kasual kerana akan membuatkan anda kelihatan sophisticated dan semestinya tidak membosankan.

Mesti anda sudah terpukau dengan rekaan-rekaan yang ditampilkan oleh Poh Kong ini, bukan? Oleh itu, apa kata anda serbu cawangan Poh Kong untuk dapatkan barangan kemas ini.

Sebelum terlupa, apa kata anda mendaftar jadi ahli Poh Kong dimana anda boleh kumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian dan setiap mata ganjaran boleh menebus baucer. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Jeweland kemudian daftarkan diri anda. Mudah sahaja, bukan?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Uncle Roger Dakwa Makanan Malaysia Versi Singapura Nampak ‘Aneh’

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh