Bagi yang biasa ke negara Thailand, pasti tak lupa dengan keenakan teh ais di sana. Entahlah, seperti ada satu ‘rasa’ yang buat air teh ais di sana istimewa. Tetapi nampaknya tak perlu sudah ke Thailand kalau teringin teh ais Thai. Boleh cuba di Chill Chill.

Chill Chill adalah dari rangkaian Utara 5 F&B Sdn Bhd(U5FB), pemilik yang sama yang membawakan kegilaan Boat Noodle satu ketika dahulu ke Malaysia. Dalam tempuh 36 bulan sahaja,(U5FB) telah mempunyai 55 cawangan seluruh negara menerusi jenama Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi yang biasa makan dengan Boat Noodle, pasti sudah pernah minum air ini. Dahulunya, ianya sekadar minuman teh Thai yang terdapat di Boat Noodle. Tetapi atas permintaan ramai, bahagian minuman dijadikan pula satu jenama baharu iaitu Chill Chill. Lepas ni mudahlah untuk buat pesanan air Cha Yen Ais anda kerana mereka sudah pun mempunyai 17 cawangan Chill Chill dengan yang terbaru cawangan di Empire Subang.

Chillo

Saya sendiri memang peminat teh ais Thai dan saya boleh kata Cha Yen ais di Chill Chill ini memang padu dan menyegarkan. Ianya dibuat sedikit manis supaya setiap kali anda hirup, airnya akan masih lagi sedap walaupun aisnya sudah mula mencair cair . Kena request kurang manis kalau anda bukan peminat air yang terlampau manis.

Kalau anda mahu kopi, kopi pun ada jangan risau. Nama airnya Kaffe Yen menggunakan biji kopi dari Thailand. Banyak lagi pilihan air yang ada termasuk fruity fresh dan special indulgence. Kalau dah nama pun special indulgence, mestilah special kan? Antara menu air yang terdapat dalam kategori ini adalah Salted Butter Caramel Frappe. Hah, dengar nama pun dah terliur.

chillo 3

Kalau anda dah jemu dengan minuman dari jenama Taiwan, boleh cuba Chill Chill pula lepas ni. Memang lain rasanya. Nama pun Chill Chill, jangan lupa untuk ajak rakan lepak di sini. Minum sambil makan roti Sangkayaa Steamed Bread yang turut sama dijual. Memang nice dan rasa seperti berada di kota Bangkok.