Dikhabarkan Taman Tema Outdoor Genting Highlands akan dibuka tidak lama lagi dan pastinya ramai yang teruja untuk pembukaan tersebut. Taman Tema Genting Highlands bukan sahaja terkenal dengan penawaran permainan yang menghiburkan Indoor dan Outdoor malah kini lebih banyak permainan ditambah khas keriangan seisi keluarga.

Apabila sebut mengenai taman tema indoor, pasti ada segelintir anda yang sudah mencuba pelbagai permainan yang disediakan di Skytropolis Funland. Selain itu, terdapat permainan lain yang menarik seperti The Void yang akan memberikan anda satu pengalaman realiti maya yang berbeza.

MG_0139
HYPE
Bagai Memilih Teman Istimewa, Huawei Matebook D 15 Tawarkan Kesemua Ciri Idaman
Baca lagi →

photo_2019-11-02_01-18-21

Lebih mengujakan kerana Resorts World Genting kini hadir dengan permainan baharu aitu SkyVR yang akan memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman penggembaraan realiti maya lebih mengujakan.

Difahamkan bahawa permainan SkyVR menawarkan lima pengalaman menakjubkan dalam VirtuGlobe, XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR. Ia meliputi penggembaraan antara galaksi sehinggalah permainan yang mesra seisi keluarga.

1. XD Theatre

Ia adalah permainan berasaskan simulator pelbagai sensor yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia mampu menampung 32 pengunjung untuk merasai pengalaman interaktif yang membawa mereka ke satu dunia baru.

Screenshot 2020-01-06 at 11.09.41 AM

Sebagai contoh alam lanun penuh dengan raksasa ganas dimana semua orang perlu bekerjasama menangkis serangan dan menewaskan penjahat. Had ketinggian minimum permainan ini adalah 90 sentimeter. Permainan ini dibangunkan oleh TrioTech dari Kanada dan adalah tarikan terbesar seumpamanya di Malaysia.

2. VirtuGlobe

Ia adalah permainan hasil ciptaan VirtuGlobe Inc, dimana para pengunjung boleh melangkah masuk dalam persekitaraan VR yang bebas pergerakan. Pengunjung bebas menentukan pengalaman yang diingini mengikut citarasa masing-masing.

Screenshot 2020-01-06 at 11.07.15 AM

Dicipta oleh Ray Latypov di Amerika Syarikat, VirtuGlobe yang asalnya dikenali Virtusphere adalah teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai persekitaran.

3. Vortex

Vortex pula adalah permainan berasaskan pergerakan platform, dimana pengunjung akan dipasang tali ikat pada konsol tengah dan dibekalkan senapang laser. Dibangunkan oleh syarikat Brogent dari Taiwan, Vortex mampu menampung 12 penumpang untuk menaiki roller-coaster yang mencabar dengan persembahan grafik ultra-realistik.

Vortex.jpg

Malah, anda boleh merasai getaran pada platfom dan aksi di skrin. Merupakan yang pertama di Asia, Vortex dibuka untuk semua pengunjung yang memiliki ketinggian 100-195 sentimeter.

4. RoboCoaster

Bagi permainan ini, ia dicipta oleh syarikat Sangwha di Korea Selatan. Mampu memuatkan sehingga 4 orang pengunjung, anda akan mengembara menaiki VR roller-coaster ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Robocoaster

Ia penuh dengan struktur-struktur menakjubkan dan makhluk-makhluk aneh yang boleh dilihat secara 360 darjah. Para pengunjung perlu memiliki ketinggian 130-190 sentimeter untuk merasai pengalaman menaiki RoboCoaster, manakala untuk VirtuGlobe, ia terhad untuk ketinggian 130-200 sentimeter dan mempunyai berat antara 35-130 kilogram.

5. SkyGlider VR

Buat mereka yang ingin terbang melayang seperti seekor burung helang, maka SkyGlider VR adalah jawapannya. Menggunakan kerusi yang boleh diikat, rasai kehebatan meluncur menggunakan para-peluncur sambil melihat dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter di udara.

Sky VR – SkyGlider

Terdapat tiga tahap kemahiran iaitu permulaan, pertengahan dan lanjutan. Merupakan yang pertama di Malaysia, SkyGlider dibangunkan oleh FrontGrid. Pengunjung perlu memiliki ketinggian 110-190 sentimeter dan tidak melebihi berat 150 kilogram.

Anda ingin mencuba permainan tersebut? Permainan SkyVR terletak di Aras 2, Taman Tema Indoor Skytropolis di Resorts World Genting. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan bayaran dikenakan untuk setiap kali naik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Sebelum ini, rumah ‘hantu’ Train to Busan telah diperkenalkan di Genting Highlands. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

Skytropolis Funland, Genting Mula Dibuka Kepada Pengunjung

‘3D Mapping Dining’ Di Dinetopia, Grand Ion Delemen Yang Sangat Unik

Anda Mungkin Suka