Tidak lengkap jika ke Sabah tetapi tidak mencuba makanan tradisional etnik di sana. Rata-rata pelancong yeng berkunjung ke Sabah tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba butod atau dikenali sebagai ulat sagu.

Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya ulat sagu ini dimakan hidup-hidup tetapi mestilah dibersihkan terlebih dahulu atau boleh juga dimasak dan dihidangkan dengan nasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, restoran D’Place Kinabalu di Sabah telah hadir dengan menu unik iaitu sushi dan pizza butod. Dengar sahaja pasti sudah buat anda teruja untuk mencuba ia, bukan?

Apa yang membuat kami terkejut adalah lebih dari 400 ekor ulat sagu akan habis terjual menurut pemilik D’Place Kinabalu. Tidak hanya anda boleh nikmati ulat sagu ini dalam bentuk pizza dan sushi, tetapi anda juga boleh nikmati ia secara bergoreng dan makan dengan nasi.

Jika anda tidak pernah mencuba ulat sagu dan bimbang akan rasa ia, sebenarnya rasa ulat sagu ini cukup lemak manis dan akan ‘kick’ deria rasa anda. Anda yang akan ke Sabah kelak, anda harus cuba menu istimewa di restoran ini.

Di bawah ini kami senaraikan tempat makan yang anda boleh cuba apabila berkunjung ke Sabah. Klik pautan di bawah ini.

6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya

Sumber