Sedar tak sedar, kita dah semakin menghampiri tahun 2020. Dengan dunia yang makin canggih dan mencabar ni, kesibukan kerja dan komitmen hidup membuatkan kita langsung lupa untuk menggembirakan diri sendiri. Kadang-kadang tu, nak berehat pun tak sempat.

Akan tetapi, sampai bila kita nak biarkan semua ni? Pasti setiap orang mahukan hidup yang lebih teratur, sihat dan berwarna warni agar boleh menikmati kehidupan dengan lebih bermakna kan? Sama seperti bagaimana fungsi 3 peranti terbaru dari HUAWEI ni yang dapat memudahkan kehidupan korang.

Jom kami kongsikan 3 peranti pintar HUAWEI yang wajib dimiliki untuk gaya hidup lebih pintar!

1. HUAWEI FreeBuds 3

Balik kerja, terburu-buru kejar tren atau bas, mesti korang inginkan waktu tersendiri sepanjang perjalanan ke rumah kan? Selain belek media sosial, apa kata sumbat earphone, dengar lagu dan relaks. Nak lagi syok, gunalah HUAWEI FreeBuds 3!

72852998_2593048984074762_1622245891144417280_o-671×377

Ciri paling menarik pada HUAWEI Freebuds 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif. Ini bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan. Oh ya, HUAWEI Freebuds 3 ni juga mempunyai fungsi ‘reverse charging‘ dengan Mate 30 Pro anda!

Ia juga didatangkan dengan sokongan isyarat sentuhan, sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 dan sensor suara terbina. Freebuds 3 juga menggunakan chipset Bluetooth Kirin A1 dan menjadi earbuds pertama di dunia hadir dengan sokongan sambungan dual mode Bluetooth 5.1 (Bluetooth Low Energy).

Harga rasmi di Malaysia untuk HUAWEI FreeBuds 3 adalah bermula daripada RM729.

2. HUAWEI Watch GT2

9H9A8507-671×447

Kadang-kadang tu walaupun cuti, tapi masih kena buat kerja dan jawab panggilan telefon daripada bos atau client. Serba salah dibuatnya bila nak buat aktiviti sendiri atau luang masa dengan keluarga, tetapi anda kena hadap telefon. Dengan HUAWEI Watch GT2, bukan lagi masalah buat anda.

9H9A3710-671×447

HUAWEI telah menambah panggilan bluetooth pada HUAWEI Watch GT 2 untuk pertama kalinya yang membolehkan pengguna membuat panggilan pada jarak sehingga 150m daripada peranti.

HUAWEI Watch GT2 juga tampil dengan reka bentuk serba baharu, ketahanan bateri sehingga 2 minggu dan dua versi yang berbeza iaitu 46mm & 42mm. Bagi spesifikasi, Watch GT 2 (42mm) datang dengan paparan bersaiz 1.2? AMOLED (390-390 piksel). Manakala, Watch GT 2 (46mm) pula dilengkapi paparan 1.39.

WatchGTSpec_workingfile-New-671×368

Ruang penyimpanan juga agak besar iaitu 2GB. Ia juga boleh mengesan sehingga 15 jenis aktiviti sukan termasuk berjalan kaki, mendaki dan banyak lagi. HUAWEI Watch GT 2 juga dibekalkan dengan sokongan rintangan air sehingga 50m dan mampu mengesan kadar jantung pengguna setiap 10 minit tanpa menjejaskan jangka hayat bateri.

Kalau anda bosan dengan wallpaper yang sama pada skrin Watch GT2 korang, korang boleh tukar wallpaper kegemaran dengan ciri WatchFace yang disediakan.

Harga rasmi di Malaysia untuk HUAWEI Watch GT2 adalah bermula daripada RM799.

GM-X-HUAWEI_B_S-671×449

Kaca mata boleh mainkan muzik? Siap boleh jawab call? Iye, korang tak salah baca. Kaca mata pintar HUAWEI X Gentle Monster ni bukan je akan buatkan korang kelihatan stylo, tetapi juga ia mempunyai fungsi yang sangat menarik!

Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01. Apa yang menariknya, ia hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti boleh menerima atau menamatkan panggilan.

Selain itu, ia juga membolehkan pengguna memainkan atau menghentikan lagu kegemaran korang sewaktu melakukan apa jua aktiviti. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar degan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah dua kaca mata hitam dengan rekaan yang berbeza.

Harga rasmi di Malaysia untuk Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah RM1599.

Padankan dengan HUAWEI MATE 30 Series untuk pengalaman menakjubkan!

8f3c

Kalau nak lagi sempurna, pastikan korang miliki telefon pintar HUAWEI Mate 30 Series dan HUAWEI MateBook 13, yang membolehkan pengguna memindahkan fail, gambar atau video kepada laptop pada masa yang singkat melalui fungsi ‘One Tap’. Lebih menarik, dengan ciri kolaborasi Multi-skrin yang terdapat dalam Mate 30 Pro dan HUAWEI MateBook 13, korang boleh berkongsi skrin hanya dengan satu tap. Memang terbaik!

d213

Hmm..peranti dari HUAWEI Smart Life ni semua dah tip-top, tapi korang ada masalah line Wi-Fi lembab, video selalu buffering, Wi-Fi asyik disconnected? Sekarang korang dah boleh ucapkan selamat tinggal dekat semua masalah tu sebab HUAWEI Q2 Pro router Wi-Fi akan sentiasa memastikan sambungan Wi-Fi korang kekal lancar sama ada di dalam ataupun di luar rumah.

Apa lagi yang korang tunggu? Jom jadikan gaya hidup korang lebih teratur dan pintar dengan bantuan teknologi terbaik daripada peranti HUAWEI! Gaya hidup pintar bermula dari korang dan HUAWEI!.

Huawei-Smart-Life-BM-1920x1080px

Sebarang maklumat lanjut tentang harga peranti HUAWEI Mate 30 SeriesKaca Mata Pintar HUAWEi x Gentle Monster, HUAWEI Watch GT2HUAWEI FreeBuds 3 dan HUAWEI MateBook 13, layari laman facebook HUAWEI dan laman web HUAWEI sekarang!

Selain gadget, Huawei sememangnya terkenal dengan pengeluaran telefon pintar yang awesome. Ketahui info lanjut mengenai Huawei Mate 30 Pro dan Huawei nova 5T dengan klik pautan di bawah.

Huawei Mate 30 Pro Berjaya Dinobatkan Kamera Terbaik Oleh DxOMark

Dilengkapi 5 AI Kamera & Warna Penuh Gaya, HUAWEI nova 5T Smartphone Wajib Dimiliki