Salah satu cara untuk anda berkembang dan mencapai potensi penuh ialah dengan menjadikan komputer riba yang dipercayai sebagai teman baik. Dengan komputer riba flagship terbaru daripada HUAWEI iaitu MateBook X Pro, ia akan membantu anda membuka peluang baru dengan teknologinya yang terkemuka.

Tak kisahlah anda gunakannya untuk personal growth, buat research atau buat content untuk dikongsikan dengan orang lain, MateBook X Pro akan bantu anda belajar satu atau dua perkara baru. Tahu kenapa MateBook X Pro jadi laptop terkemuka? Inii sebab-sebab yang sudah kami senaraikan.

1. Selebriti pun bercakap tentang kehebatan MateBook X Pro

Hos dan penyampai radio tanah air, Haniff Hamzah pun kagum dengan kehebatan MateBook X Pro ini! Boleh lihat Haniff unboxing dan cuba sendiri fungsi hebat yang ada pada Matebook X Pro.

2. Pembelajaran sepanjang hayat

vocket 2

Sepanjang PKP dan PKPB, kita ada lebih banyak masa di rumah dan ini berikan kita lagi banyak peluang untuk meningkatkan pengetahuan yang ada atau melengkapkan diri dengan kemahiran baru. Semua ni memang tak mustahil dengan adanya connection internet yang baik. HUAWEI MateBook X Pro bukan sahaja menyokong Wi-Fi terpantas di dunia pada laptop, tapi juga membolehkannya mendapat isyarat yang lebih baik dan beri sambungan yang stabil.

Anda lupa password komputer riba atau rushing hendak siapkan tugasan yang sangat penting? Jangan risau sebab MateBook X Pro dilengkapi butang kuasa cap jari. Jadi, anda boleh on dan sambung buat kerja dengan cepat. Dah tak payah untuk masukkan password berulang kali. Senangnya!

Selain itu, MateBook X Pro mempunyai hayat bateri sehingga 15 jam sepanjang hari yang dikuasakan oleh bateri 56Wh. Mudahlah anda mahu kekal berhubung ketika mengikuti kursus online di laman web pembelajaran seperti Udemy, Coursera dan Skillshare.

Sesuai dengan statusnya, HUAWEI MateBook X Pro memberikan prestasi tanpa kompromi dengan Generasi ke-10 Intel® Core ™ i7-10510U. Ditambah lagi dengan RAM 16GB dan SSD 1TB, ia akan memberikan pengalaman yang lancar untuk setiap senario pembelajaran anda.

Huawei Matebook Pro 3

Teknologi panggilan video MEETime juga dapat jadikan pengalaman belajar anda jadi lagi fun. Share skrin dengan kawan atau mentor dan mereka dapat bantu untuk anda lebih faham tentang sesuatu perkara dan anda dapat belajar on the spot. Jimat masa!

3. Kekal aktif walaupun masih dalam tempoh PKPB

vocket 1

Walaupun gim masih ditutup, anda masih boleh bersenam dan kekal aktif dengan menonton ribuan video workout yang ada secara online. Anda boleh pilih untuk menari ikut rentak lagu dengan PopSugar Fitness, ikuti 20 minit senaman HIIT dengan Pamela Reif atau buat rutin yoga dengan Adriene Mishler. Semua ini takkan habis dengan paparan Ultra FullView MateBook X Pro yang menyokong resolusi sehingga 3K dengan skrin sentuh intuitif.

Buat yang nak level up skil memasak, anda boleh manfaatkan pembesar suara quad pada MateBook X Pro untuk pengalaman suara yang awesome sambil follow video-video resipi di media sosial. Kami jamin, anda tidak akan tertinggal step atau bahan dengan pembesar suara ni.

4. Sedap mata memandang & mudah dibawa ke mana-mana

Huawei Matebook Pro 4

Sekarang, banyak universiti berprestij seperti Harvard, Yale dan Oxford ada tawarkan kursus dalam talian percuma. Anda boleh belajar tentang keusahawanan teknologi dalam masa 5 minggu, memahami perbatasan dan kontroversi Astrofizik atau belajar bagaimana Star Trek pengaruhi budaya dan teknologi. Semuanya ikut pace anda sendiri dan tak perlu keluar dari rumah.

Tetapi, ini perlukan waktu berjam-jam kajian dan penyelidikan yang boleh menyebabkan tekanan pada mata anda. Dengan mod keselesaan mata MateBook X Pro, anda boleh sesuaikan kecerahan dan tona skrin. Barulah seronok anda untuk belajar.

Huawei Matebook Pro 5
Nipis sahaja bukan?

Badan komputer riba yang sangat nipis setebal 14.6mm dan berat 1.33kg menjadikannya sangat mudah alih. Sesuai sangat dengan anda yang selalu on the go! Anda takkan ada masalah untuk membawanya ke kafe kegemaran atau ke study group.

5. HUAWEI Share – Sharing is caring

Huawei Matebook Pro 2

Selepas semua pembelajaran, anda mungkin nak berkongsi pengetahuan baru dengan rakan, keluarga atau mungkin juga seluruh dunia melalui internet. Tak kisahlah anda mahu menulis blogpost atau Vlog, MateBook X Pro akan sedia membantu. Dengan teknologi HUAWEI EMUI10, anda boleh berkongsi data melalui HUAWEI Share. Multi-screen Collaboration pun boleh juga tau!

Hanya perlu sambungkan telefon pintar ke laptop dan anda boleh mula berkongsi fail, gambar dan video tanpa halangan. Anda boleh kawal kedua-dua skrin di MateBook X Pro dan buat kerja dengan ciri-ciri hebat pada laptop. Antaranya skrin sentuh dengan paparan Ultra FullView dan edit video atau audio menarik dengan perisian berbeza untuk bantu orang lain pula faham apa yang anda sudah belajar sebelum ini.

6. Promosi dan freebies menarik menanti anda

Huawei Matebook Pro 7

Sempena bulan Ramadan, HUAWEI mengadakan promosi HUAWEI Dihati mulai sekarang sehingga 7 Jun 2020. Anda boleh nikmati hadiah bernilai hingga RM1,700 termasuk aksesori HUAWEI, baucar dari Baskin Robbins, The Chicken Rice Shop dan Tealive serta diskaun eksklusif.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh menang banyak hadiah menarik daripada cabutan bertuah. Antaranya MateBook X Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI 360 Camera, HUAWEI SoundStone Bluetooth Speaker. Best!

Rasa macam kena belilah siri HUAWEI MateBook X Pro!

Huawei Matebook Pro 8

Yes! Kena beli lagi-lagi kalau anda mahu level up skill yang ada. Jom dapatkan HUAWEI MateBook X Pro di HUAWEI Store sekarang juga. Sebab dengan setiap pembelian MateBook X Pro, anda akan dapat hadiah percuma bernilai RM1,936 termasuklah HUAWEI Sound X. Lepas ini, lagi seronoklah anda untuk menonton movie atau dengar lagu pada bila-bila masa dan di mana saja!

Matebook X Pro

Boleh rujuk harga siri HUAWEI MateBook pada jadual di bawah.

Huawei Matebook Pro 9

Untuk tengok semua promosi lain yang ada, anda boleh klik DI SINI.

Berikut adalah produk Huawei lain yang anda boleh consider untuk miliki. Klik pada pautan di bawah.

HUAWEI Y6p Tawarkan Gaya, Skrin Dan Bateri Lebih Besar Dengan Harga RM559!

HUAWEI Siri P40 Dianggap Smartphone Fotografi Dan ‘Connectivity’ Terbaik? Ini Review Kami

Hiburkan Hari-Hari Anda Ketika PKP Dengan HUAWEI AppGallery. Memang Terbaik!