Setiap kali tibanya hujung minggu pastinya ramai yang ingin bercuti merehatkan minda terutama sekali warga kota. Mana tidaknya, setiap hari terpaksa berdepan dengan kesesakan kota dan menghirup udara tidak segar.

Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan warga kota kerana lokasinya yang dekat tetapi tampil dengan tarikan menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Hafiz Muhimim telah berkongsi penginapan yang pasti akan memberikan anda satu pengalaman penginapan berbeza di A’moss Farmstay, Cameron Highlands.

Anda pasti tertanya-tanya apa yang menariknya A’moss Farmstay ini. Untuk pengetahuan anda, penginapan ini berkonsepkan perkhemahan dan sesuai untuk anda yang bercuti bersama rakan-rakan atau pasangan.

Akan tetapi, andai kata anda ingin menginap bersama keluarga, anda mungkin perlu pertimbangkan dahulu kerana hanya terdapat 3 dome sahaja. Jika anda memiliki keluarga yang ramai, mungkin tempat penginapan tidak mencukupi buat anda.

Menariknya, penginapan ini berdekatan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas. Persekitaran penginapan ini dikelilingi dengan ladang teh akan membuat anda merasai suasana berbeza.

EQo_tB4VAAAqttg

EQo_4bsVUAA8e_h

EQo_4efUYAEVxuu

Menurut tinjauan kami, harga penginapan di A’moss Farmstay bermula dari RM220 sahaja. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian di sini dan penginapan ini boleh dikatakan terkenal kerana sering sold out.

Disebabkan hanya 3 dome yang terdapat di sini, tempahan secara walk-in tidak dibenarkan. Tunggu apa lagi? Ini masanya untuk mencuba penginapan yang tampil dengan konsep unik ini.

Kami kongsikan tip dan trik untuk anda tempah penginapan dengan harga yang murah pada pautan di bawah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Penginapan Berkonsepkan Rumah Tradisional Orang Asli Di Cameron Highlands

Mungkin Ramai Belum Tahu Kewujudan Kampung Melayu Di Cameron Highland Ini

Sumber