Padi Box, a cosy homestay and cafe exquisitely designed from freight containers offering a relaxing space amongst the famous paddy fields of Sekinchan.

Keterangan di atas tidak dapat kami sangkal. Sekinchan Padi Box yang baru sahaja dimulakan operasinya pada bulan Disember 2015 benar-benar menawarkan sesuatu yang unik buat para pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekinchan Padi Box - Homestay (1)

Manakan tidak, bukan selalu kita bertemu homestay kontena yang dikelilingi pemandangan sawah padi menakjubkan!

Sekinchan Padi Box - Homestay (10)

Tambah lagi dengan reka bentuk luaran dan hiasan dalaman yang amazing, buat anda jadi gila selfie bila di sini.

Sekinchan Padi Box - Homestay (2)

Terletak di alamat Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, Selangor, homestay ini menawarkan 8 buah bilik kontena yang berwarna-warni dengan gaya hiasan bersifat moden. Minimalis, diadun pula dengan gaya hipster menambah tarikan buat pengunjung di sini.

Sekinchan Padi Box - Homestay (4)

Sekinchan Padi Box - Homestay (6)

Sekinchan Padi Box - Homestay (3)

Sekinchan Padi Box - Homestay (8)

Di setiap bilik yang ditawarkan, telah disediakan dua buah katil bersaiz queen serta bilik air bersambung, pendingin hawa, sebuah TV berskrin LCD dengan perkhidmatan Astro dan paling penting sekali, wifi percuma!

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti BBQ bersama ahli keluarga dan sahabat-handai, berbasikal menikmati pemandangan semulajadi, menangguk ikan di sawah dan bermain board games. Kanak-kanak juga boleh bermain air di dalam inflatable pool yang disediakan.

Sekinchan Padi Box - Homestay (11)

Sekinchan Padi Box - Homestay (5)

Sekinchan Padi Box - Homestay (9)

Harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan, iaitu bermula daripada RM108 semalam untuk dua orang. Bagi kami, ianya affordable dengan pengalaman indah yang bakal anda rasai sewaktu di sana.

Sekinchan Padi Box - Homestay (7)

Sekinchan Padi Box - Homestay (12)

Sekinchan Padi Box - Homestay (13)

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-3205688 atau layari laman Facebook Sekinchan Padi Box.

Terima kasih kepada Seng Chee Photography kerana membenarkan kami menggunakan hasil karya kreatif beliau.