Adakah anda seorang yang berani? Beranikah anda menyahut cabaran untuk bertemu dengan hantu dengan check-in ke Colle Eastern Hotel? Untuk pengetahuan anda, Hauntu Malaysia telah perkenalkan sebuah ‘hotel’ berhantu secara interaktif pertama di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Jika anda memilih untuk ‘check-in’, anda haruslah bersedia daripada segi mental kerana anda akan melalui pelbagai insiden cemas yang mungkin akan membuatkan anda berlari dan merangkak. Menariknya, setiap bilik menonjolkan cerita dan persembahan yang berbeza serta anda juga kena merungkai misteri dalam setiap bilik yang anda masuk.

Setiap keputusan dan penyelesaian yang anda pilih menentukan pengakhiran kisah dimana terdapat 6 kisah pengakhiran yang berbeza. Kebiasaanya, durasi pengunjung menyelesaikan kesemua misteri adalah selama satu jam.

Berminat untuk merasai sendiri pengalaman menyelesaikan misteri hantu-hantu ini? Harga tiket masuk hanyalah RM58 seorang dan boleh datang bersama 10 rakan anda. Adalah diingatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sana.

Di mana Hauntu Malaysia ini? Ia terletak di LINC, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, Kuala Lumpur dan dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Hauntu Malaysia.

Menarik bukan rumah hantu yang berkonsepkan lain daripada yang lain ini? Apa tunggu lagi? Ini peluang anda untuk merasai pengalaman berbeza masuk ke rumah hantu.

Hauntu Malaysia ini mengingatkan kami pada drama bersiri Korea, Hotel Del Luna berikutan dekorasi reception yang hampir sama. Malah, sebelum ini peminat juga ada mendakwa Hotel Del Luna berada di Malaysia.

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

‘SEGAR City’ Taman Rekreasi Terbesar Di Port Dickson Telah Dibuka

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu