Kalau anda kenal rakan anda yang mempunyai koleksi kasut botingkek-tingkek, biar dia lihat video ini. Kalau koleksi anda mencecah 50 pasang kasut, itu tak ada apa jika nak dibandingkan dengan koleksi remaja ini.

Namakan apa sahaja kasut; Air Jordan, Yeezy, UltraBoost, NMD, Louboutin, Red October. ada dalam simpanan remaja lelaki ini. Paling best beliau ada satu bilik khas hanya untuk menyimpan semua koleksinya. Siap ada baju jersi Real Madrid dengan tandatangan pemain dalam bilik kasut beliau ini sebagai hiasan. Untunglah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara koleksi rare yang ada dalam koleksi Rashid adalah kasut Jordan yang ditanda tangan oleh Michael Jordan, but bola edisi khas Paul Pogba, Eminem Jordan, kesemua koleksi Nike Yeezy dan banyak lagi. Senang cerita setiap kasut dalam vault ini adalah kasut rare dan susah untuk didapati di seluruh dunia.

Paling power, beliau beli kasut Adidas Yeezy saiz kecil untuk dipakai monyet yang dibelanya. Mewah teruk budak-budak Dubai ini kalau berbelanja. Anda lihat sendiri setiap koleksi yang ada. Rashid memang swag. Jadilah seperti Rashid jika bapa anda kaya.

P/S: Satu quote Rashid yang saya suka; “Contact is much more important than money.” Kabel kena kuat baru dapat kasut dan tanda tangan orang terkenal.