Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hari ini secara rasmi telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi menerusi sidang media yang dijalankan.

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli jemaah menteri susulan sesi mengadap di Istana Negara yang berlangsung pada jam 12.30 tengah hari tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan dewan rakyat, perdana menteri hendaklah meletak jawatan,” kata Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi.

“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan saya dalam memerintah. Saya dan ahli jemaah menteri sudah buat yang terbaik untuk hadapi pandemik yang kita hadapi ketika ini. Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya negara dapat berjalan seperti biasa.

“Untuk vaksin pula, tidak perlu risau kerana kabinet saya telah menempah dos vaksin cukup untuk semua rakyat Malaysia. Kadar vaksinasi kita antara yang tertinggi dan pantas di dunia. Saya yakin kita dapat keluar daripada kemelut pandemik ini secepat mungkin,” kata Muhyiddin.

Beliau juga menzahirkan ribuan terima kasih kepada frontliners yang bekerja siang dan malam dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini dan beliau turut mendoakan agar pandemik ini cepat berakhir dan Malaysia dapat kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi.

Sebelum meletak jawatan, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran untuk 11 aktiviti ekonomi untuk penerima dua dos vaksin. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kerajaan Umum Kelonggaran Buat 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Buat Penerima Vaksin Di Negeri Fasa 1 PPN

Bukan Kerana ‘Dine-In’, Ini Punca Perlis Catat Angka Kes Tertinggi Negeri Semalam

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana