Debaran rakyat akhirnya berakhir, keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berpihak kepada pihak Pakatan Harapan (PH).

Ini sekaligus memecahkan dominasi Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara selama ini untuk memberi PH peluang untuk mentadbir negara untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Pakatan Harapan berjaya mengumpul majoriti untuk membentuk kerajaan baharu iaitu 112 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen.

Terima kasih kepada semua yang keluar mengundi pada hari ini. Terbukti, setiap undi anda adalah begitu berharga.

P/S: Peringatan buat semua. Jangan lakukan provokasi kepada mana-mana pihak. Adat bertanding ada yang menang dan ada yang kalah. Perkara yang paling kita tidak mahu adalah negara diisytihar darurat.