Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tular di Facebook berita bahawa pelakon ternama Hollywood, Dwayne ‘The Rock’ Johnson sudah meninggal dunia kerana kemalangan.

Laporan bertajuk ‘BBC: Dwayne The Rock Johnson Dies at 47 After A Terrible Stunt Attempt Failed’ membuatkan ramai yang tertipu dan menekan link tersebut sekiranya ia muncul di timeline. Anda juga akan dibawa ke laman palsu dan BBC tidak pernah pun mengeluarkan sebarang artikel berkenaan kematian The Rock.

Bagaimanapun, Dwayne menepis dakwaan tersebut dengan memuat naik posting di laman media sosial peribadi beliau. Dwayne mengesahkan setelah lama menanti, akhirnya beliau akan membawa watak Black Adam, satu watak yang beliau idamkan selama ini.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Tidak dapat dipastikan sama ada Black Adam akan muncul dengan filem solo atau muncul dalam filem Shazam 2. Namun, Dwayne semestinya tambahan hebat buat DC Comics dan Warner Bros. sekiranya mahu merangka kembali dunia DCEU.

Begitulah nasib bintang ternama di internet. Kadangkala mereka ‘dibunuh’ tanpa disedari dan sebelum anda berkongsi sesuatu berita, periksa dahulu sama ada perkara berkenaan benar atau pun tidak.

Dwayne Johnson merupakan pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi Hollywood untuk tahun 2019. Antara filem hebat lakonannya tahun ini semestinya Hoobs & Shaw. Anda boleh baca lebih lanjut di bawah.

Dwayne ‘The Rock’ Johnson Dinobatkan Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi 2019

Kenapa Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw Melukakan Hati Pelakon Asal?

Dwayne Johnson The Rock Berkongsi Kisah Silam Kesusahan Ibunya