Off-White™ telah menfailkan tuntutan saman terhadap Rastaclat kerana menghasilkan dan menjual gelang yang menggunakan elemen reka bentuk zip tie merah dan tanda penjenamaan yang serupa dengan “Trademark” Off-White™ iaitu “Off-Clat” yang dikatakan bleh mengelirukan pengguna bahawa produk tersebut merupakan salah satu produk Off-White™.

Menurut laporan mahkamah, Rastaclat didapati menjual gelang yang berharga $18 (RM74.46) dengan menggunakan nama “Off-Clat” dan/atau “Off-Clat c/o Rastaclat” di kedai-kedai utama mereka seperti Zumiez, The Finish Line dan Amazon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Off-Clat vckt

Off-Clat vckt

Meskipun Off-White™ tidak memegang hak tanda dagang “Pembuka Kata” dan zip tie, Off-White™ masih ingin mempertahankan hak utama dengan membuat tuntutan terhadap Rastaclat berikutan kesalahan peniruan reka bentuk, pelanggaran tanda dagangan dan persaingan yang tidak adil.

Nantikan maklumat yang lebih terperinci mengenai tuntutan saman ini sekiranya kes ini secara rasminya diadili oleh mahkamah setelah mempunyai bukti yang kukuh dan beberapa pihak yang menyokong tuntutan yang dibuat oleh pihak Off-White™ ini.