Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu berumur antara 35 hingga 45 tahun atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Difahamkan, mereka yang ditahan adalah pegawai tertinggi syarikat termasuk pemilik, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah.

Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Pihak SPRM turut bertindak membekukan 12 akaun bank milik syarikat dan individu berkenaan serta merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“SPRM telah memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya dan Kuching hari ini. Di Putrajaya, mahkamah membenarkan reman empat hari terhadap dua daripada suspek dan lima hari kepada empat lagi suspek. Semasa di Kuching, dua suspek telah diberi perintah reman masing-masing lima hari dan dua hari,” kata jurucakap itu seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Sumber berkata, suspek didakwa terlibat dalam rasuah membabitkan beberapa projek GLC yang dijalankan antara 2017 dan 2021. SPRM tidak mendedahkan projek berkenaan dan GLC terbabit. Sementara itu, Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata ia disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Beli rumah untuk tutup rahsia 1MDB, aset Rohana Rozhan kini dibeku SPRM. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM

AS Tawar RM21 Juta Kepada Individu Yang Mempunyai Maklumat Rasuah Babitkan 1MDB

Senarai Pendakwaan Yang Dikenakan Ke Atas Zahid Hamidi Melibatkan Rasuah Bernilai RM21.5 Juta