Terus terang saya bukanlah peminat filem tamil kerana mungkin bukan ‘cup of tea’ saya tetapi apabila saya habis menonton filem Raatchasi ini, saya kata ‘wow!’. Filem ini cukup segala-galanya dan sebagai seorang warga pendidik saya menyarankan agar setiap guru menonton filem ini.

Kenapa saya berkata sedemikian? Sebab banyak benda yang kita boleh belajar melalui filem ini.

NOTE 10 MKBHD
HYPE
5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini
Baca lagi →

Pertamanya, filem ini adalah sebuah filem tentang kisah seorang guru dan ia menghurai kepada kita tentang siapa dan apa fungsi sebenar ‘guru’ kepada masyarakat. Setiap guru adalah adiwira kepada anak-anak muridnya.

Kalau kita boleh percaya adiwira-adiwira dari Barat seperti Ironman atau Captain Marvel yang sah-sah hanya rekaan dan palsu, kenapa pula kita tidak boleh percaya kepada ‘adiwira’ sebenar yang mendidik dan ‘memanusiakan’ kita iaitu cikgu-cikgu kita, kan?

Asas filem ini adalah menerangkan kepada kita ‘sekali kita menjadi guru, maka selamanya kita akan menjadi guru’ sebab gelaran guru atau cikgu ini akan melekat sampai kita mati. Sampai satu tahap, punyalah kuat aura guru ini sampai orang yang tidak kenal kita tegur ‘tengok gaya macam cikgu, kerja cikgu ya?’. Biasakan cikgu-cikgu menghadapi situasi ini?

Saya suka watak Cikgu Suseela yang dipuji oleh Geetha Rani telah 33 tahun berkhidmat sebagai seorang guru. Dia dapat naik pangkat tetapi dia tolak kerana kecintaannya untuk menjadi guru biasa yang mempunyai komitmen mengajar yang sangat tinggi.

Screenshot 2019-09-04 at 10.24.07 AM

Sumber: Youtube

Dan punyalah cinta dia kepada profesion perguruan sampai waktu cuti sekolah pun dia sanggup hadir ke sekolah, rupa-rupanya hari tersebut adalah hari terakhir dia berkhidmat sebagai seorang guru. Dia boleh sahaja berehat di rumah tapi itulah dia tetap ke sekolah kerana kecintaannya terhadap kerja cikgu ini. Watak Cikgu Suseela ini pada saya sewajarnya dicontohi oleh setiap guru.

Filem ini sebenarnya berkisarkan tentang seorang guru besar atau pentadbir sekolah bernama Geetha Rani. Banyak yang kita boleh belajar sebenarnya daripada kisah Geetha Rani ini, antaranya:

1. Memerhati dan mengenalpasti masalah

Screenshot 2019-09-04 at 10.27.31 AM

Sumber: Youtube

Seorang pentadbir mesti buat observation, kenal pasti masalah baru lakukan pembaharuan atau penambahbaikan. Bukan jadi pentadbir yang autokratik masuk-masuk sekolah terus marah cikgu kenapa tidak buat itu tidak buat ini, ataupun cerita ‘dulu kat sekolah lama saya cikgu hebat, kenapa cikgu-cikgu sekolah ini lemau?’. Macam saya bagitau tadi, pentadbir mesti jadi macam macam Geetha Rani, kenali cikgu-cikgu, masuk ke dalam dunia cikgu-cikgu di bawahnya kemudian baru buat penambahbaikan.

2. Kenali guru-guru di bawah seliaanya

Screenshot 2019-09-04 at 10.29.13 AM

Sumber: Youtube

Seorang pentadbir mesti kenali cikgu-cikgu di bawahnya kemudian barulah kepada proses mengubah seorang guru itu menjadi guru yang disayangi oleh anak-anak muridnya. Dan proses perubahan ini semestinya memakan masa, bukan on the spot terus berubah.

3. Kepentingan mesyuarat guru

Screenshot 2019-09-04 at 10.23.47 AM

Sumber: Youtube

Mesyuarat guru sangat penting. Ia mestilah pendek tapi berkesan. Bukan meleret 2-3 jam tapi tidak jadi apa-apa.

4. Kepentingan penglibatan PIBK (Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti)

Screenshot 2019-09-04 at 10.35.40 AM

Sumber: Youtube

Geetha Rani juga mengajar tentang betapa pentingnya penglibatan PIBK (Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti) kepada pengurusan sekolah. Menariknya, Geetha Rani berjaya mengubah mentaliti masyarakat dengan pendidikan.

5. Memiliki perancangan yang rapi

Screenshot 2019-09-04 at 10.39.39 AM

Sumber: Youtube

Pentadbir mesti ada ada perancangan dan sasaran (KPI). Ini yang dilakukan oleh Geetha Rani apabila dia mula-mula masuk ke sekolah tersebut.

6. Pelbagaikan teknik mengajar

Screenshot 2019-09-04 at 10.48.14 AM

Sumber: Youtube

Pentadbir boleh menjadi pemudahcara kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah PDP agar lebih menarik dan kreatif. Malah, guru dalam masa yang sama juga adalah ‘seorang pelajar’. Seseorang guru jangan beranggapan apabila sudah menjadi guru dia perlu berhenti belajar kerana dia perlu sentiasa belajar untuk menjadi pendidik yang kreatif, profesional dan sentiasa mempunyai idea yang segar untuk anak muridnya.

7. Sokongan daripada pentadbir sekolah

raatchasi_2

Sumber: Google

Pentadbir sekolah mesti menyokong guru di bawahnya dalam proses membentuk kemenjadian murid. Kadang-kadang ada murid yang belum mengenali potensi, bakat, kepandaian dan sifat kritis yang ada dalam diri mereka. Jadi, orang yang bertanggungjawab mencungkil semua perkara tersebut ialah guru. Malah, sokongan pentadbir sangat penting dalam isu kemenjadian murid ini. Bukan hanya sekadar menumpang nama untuk menaikkan kredit dirinya sahaja tapi tiada sokongan kepada guru di bawahnya.

8. Banyakkan membaca

Screenshot 2019-09-04 at 10.45.33 AM

Sumber: Youtube

Poin yang saya rasa paling penting dalam filem ini ialah Geetha Rani suka membaca dan menulis. Walaupun kena masuk penjara tetapi Geetha tetap membaca. Kalau kita lihat contoh Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee, beliau adalah seorang pembaca tegar dan seorang yang aktif menulis. Dr Maszlee telah menulis lebih kurang 60 buah buku.

Kalau kita melihat kepada tradisi keilmuan, membaca sinonim dengan aktiviti penulisan. Ramai ilmuan, a’lim ulama dan tokoh dunia menulis buku. Aktiviti membaca dan menulis adalah aktiviti intelektual. Tidak kiralah untuk pentadbir, guru ataupun pelajar. Proses PDP adalah berkait-rapat untuk mengintelektualkan pelajar. Jadi, kalau bos KPM pun membaca dan menulis buku, sewajarnya seluruh warga KPM pun sepatutnya mencontohi beliau. Betul tidak?

Saya juga suka bagaimana filem ini berjaya mengangkat kerjaya sebagai guru sebagai profesion yang mulia kerana guru bukan setakat memandaikan muridnya tetapi dalam pada masa yang sama, guru turut ‘memanusiakan’ anak-anak muridnya.

Jyothika1

Sumber: Google

Filem ini memberikan gambaran kepada kita bahawa tugas menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangka. Kadang-kadang ada sebilangan mak ayah yang mudah menyalahkan cikgu kerana anaknya tidak perform dalam akademik atau kalah dalam pertandingan sedangkan kalau difikirkan mana ada seorang guru yang mahu anak muridnya tidak pandai ataupun tidak menang pertandingan.

Cuba kita fikir, berapa banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dihabiskan oleh seorang guru untuk memastikan anak muridnya berjaya. Kadang-kadang masa cikgu di padang atau kelas lebih lama berbanding masa dia bersama keluarganya sendiri di rumah. Ini belum masuk guru kena keluar duit sendiri untuk memastikan anak-anak muridnya mendapat keputusan yang terbaik.

Diakhirnya, filem ini juga mengajar kita bahawa pendidikan bukanlah hak eksklusif sesiapa kerana ia adalah milik setiap anak-anak tanpa mengira apapun latar agama, bangsa, kasta ataupun warna kulitnya. Kita seharusnya belajar daripada Geetha Rani bahawa ‘hidup kita mestilah sentiasa mendidik’ tanpa mengira apapun status warna kulit atau agamanya kerana kemanusiaan merentas semua itu.

Bagi anda yang belum menonton filem tersebut, anda harus menontonnya. Tahukah anda bahawa TGV Cinemas membuat promosi harga tiket sepanjang hari untuk setahun? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

TGV Cinemas Dan Touch ‘n Go Tawar Promosi Tiket Wayang RM10 Setiap Hari

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘IT: Chapter Two’

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Yusof. Beliau adalah seorang guru yang berdedikasi dan mudah untuk didekati.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka