Pernah mencipta fenomena pada tahun 2018, drama Nur dikhabarkan telah ditayangkan di saluran stesen televisyen Indonesia, MNCTV. Malangnya, janya bersiaran satu episod, drama tersebut telah digantikan dengan drama lain dari negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, penggantian drama Nur kepada drama lain dilakukan pihak stesen TV itu disebabkan jumlah tontonan atau rating tidak mencapai satu tahap yang memuaskan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut penerbit dan pengarah Nur, Shahrulezad Mohameddin, berkata drama itu dihasilkan mengikut selera penonton rakyat Malaysia dan bukan selera penonton di sana. Malah, tidak menjadi isu walaupun hanya ditayangkan satu episod sahaja.

Difahamkan, sebuah lagi stesen TV di sana iaitu Indosiar turut menayangkan drama yang mengambil idea daripada drama Nur iaitu Bismillah Cinta yang ditayangkan jam 7 malam.

Ramai yang membandingkan drama tersebut dengan Nur dan baginya jika drama Nur tidak menarik, tidak mungkin ditiru. Menurutnya, jika berkaitan ‘rating’ drama di sana, dirinya tidak ketahui apa-apa.

Tambahnya, idea drama Nur dan mesej dakwah yang beliau mahu sampaikan dalam drama diterima baik pengkarya di sana untuk diterbitkan menjadi drama lain pula. Apa pula pendapat anda?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

Pengunjung Bersesak Di Gedung Kain Terkenal, Netizen Bimbang Wujud Kluster Baharu

Khas Sempena Bulan Ramadan, Ini Menu Yang Anda Perlu Cuba Di Coffee Bean & Tea Leaf

Sumber