Boleh dikatakan pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe antara acara tahunan yang sangat dinanti ramai. Paling tak sabar untuk melihat para peserta memperagakan busana tradisional negara masing-masing.

Selepas busana Nasi Lemak dan Wonder Women pada tahun lepas, kini busana Miss Universe Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan ramai. Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon akan memperagakan busana yang diilhamkan dari kuih-muih Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
cats
Sumber: Vitdaily

Busana yang dinamakan A Peranakan Indugence ini dihasilkan oleh pereka terkenal tanah air iaitu Carven Ong. Apa yang menarik pada busana ini dimana busana ini menggabungkan beberapa pencuci mulut tempatan yang sinonim dengan budaya Melayu, Cina dan Peranakan.

Antara sajian pemanis mulut yang terdapat dalam replika busana itu adalah seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian yang akan diperagakan oleh Ratu Cantik Malaysia, Shweta Sekhon.

Dari segi penggunaan material dan fabrik, Carven memilih songket yang sering menjadi pilihan dalam pakaian perkahwinan Melayu dan batik Nyonya yang merupakan kebanggaan wanita Peranakan.

Shweta berkata walaupun busana tersebut agak berat untuk diperagakan tetapi dia akan mengambil ini sebagai cabarannya untuk bergelar Ratu Cantik Dunia.

Difahamkan, pentas akhir pertandingan Miss Universe ke-68 akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS), 8 Disember depan.

Terdahulu, peminat Indonesia claim bahawa pakaian kebangsaan Miss Grand Malaysia 2019 berasal daripada negara seberang. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Miss Grand Malaysia 2019

Sara Iftekhar Pecah Tradisi Jadi Gadis Bertudung Pertama Ke Final Miss England

Tidak Hormat Tanah Perkuburan, Gambar Perkahwinan Ini Dikecam

Sumber