Sebut sahaja bola sepak pasti anda tahu ia didominasi oleh lelaki dan bukannya perempuan. Akan tetapi, pertandingan bola sepak wanita juga dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Nama Steffi Sarge Kaur pasti cukup dikenali dalam kalangan anda yang gemar menyaksikan sukan bola sepak dan futsal. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Steffi Sarge Kaur, beliau merupakan seorang pemain futsal wanita kebangsaan dan juga bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, perkongsian beliau di Twitter mendapat perhatian netizen. Kenapa? Beliau berkongsi beberapa komen tidak sopan yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna Instagram di Instagram miliknya. Steffi dilihat sangat kecewa dan menurut beliau, ianya bukan pertama kali perkara seperti ini terjadi.

Komen-komen yang ditinggalkan majoritinya adalah komen berunsur ‘body shaming’ kepada Steffi. Justeru itu, rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang meninggalkan komen-komen sedemikian dan merasakan tindakan mereka memalukan.

https://twitter.com/leeeepp/status/1176688134181945344

https://twitter.com/MisdiantoTito/status/1176683635295932416

Ini merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh netizen di media sosial. Harapnya kita jadi lebih beradab ketika menggunakan media sosial selepas ini. Sebelum ini, Alif Satar dipuji kerana pertahankan rakan sepentas daripada gurauan body shaming.

Alif Satar Dipuji Pertahankan Rakan Sepentas Daripada Gurauan ‘Body Shaming’

Isu Viral Surat Cinta Murid Sekolah Dan Kesan Buruk ‘Online Shaming’ Kepada Kanak-Kanak