Ini merupakan satu berita yang mengejutkan apabila ratu squash kebangsaan kita Nicol David mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari arena tersebut. Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Twitter beliau.

Beliau yang  pernah menjuarai kejohanan squash 8 kali berturut-turut akan bersara pada bulan Jun ini. Malah, beliau berterima kasih kepada semua orang kerana menyokong beliau dan semua cintanya dalam 20 tahun yang lalu dan sudah tiba masanya untuk peluang baru dan menarik untuk datang.

Untuk pengetahuan anda, kejohanan musim lalu adalah kejohanan terakhirnya sebelum beliau mengambil keputusan untuk bersara dalam arena tersebut. Akan tetapi, David telah menyatakan bahawa dia akan terus menyumbang kepada sukan itu dengan bekerja dengan PSA, memperkasakan wanita muda dalam sukan menerusi Yayasan Nicol David dan berkongsi ceritanya ‘Memupuk Kepercayaan’ melalui beberapa siri ceramah dan tulisan.

Sumber