Situasi tegang antara Malaysia dengan Korea Utara nampak gayanya masih belum reda. Terbaharu, media tempatan Korea Utara, Daily NK mendakwa ratusan pekerja syarikat perdagangan dan ejen rahsia warga Korea Utara tidak dijemput pulang ke negara itu meskipun pejabat kedutaannya di Malaysia sudah ditutup beberapa minggu yang lalu, lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun, dakwaan media itu akan disiasat lebih terperinci oleh pihak Kementerian Pertahanan untuk menemukan bukti kesahihannya, seperti dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Yakob.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setakat hari ini, pihak kita termasuk unit perisikan masih belum menerima sebarang laporan yang melibatkan isu ini.

“Kadang-kala mereka (Korea Utara) sekadar ingin menggempar kita sahaja. Kita tidak tahu. Jadi, kita jangan terlalu cepat memberikan jawapan yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lagi keruh. Kita perlu siasat terlebih dahulu,” ujarnya selepas selesai Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi (HMAV 4X4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa isu ini juga berkait rapat dengan bidang kuasa pihak Kementerian Luar Negeri yang kemungkinan sudah mengadakan rundingan dan perbincangan bersama wakil kementerian negara itu.

Dalam pada itu, Daily NK melaporkan bahawa Korea Utara tidak menjemput pulang ratusan pekerja syarikat perdagangan termasuk ejen rahsia dari Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) Korea Utara.

Berdasarkan laporan, media tempatan itu turut mendakwa bahawa ada sekumpulan warganegara republik itu terlibat dalam kegiatan dagangan haram penyeludupan barangan mewah ke Korea Utara. Begitu juga dengan ejen rahsia MID yang turut disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan senjata di negara ini.

Menambah rasa kecewa apabila media itu mengatakan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak peka dengan kehadiran ejen rahsia Korea Utara yang dikatakan sudah beberapa dekad berada di sini. Ini kerana kesemua ejen itu menggunakan identiti serta pasportĀ palsu dalam penglibatan misi rahsia berkenaan.

Tambah parah, media itu turut melaporkan bahawa Malaysia dijadikan sebagai lokasi transit penyeludupan senjata dan barangan mewah ke Korea Utara yang dibawa dari Timur Tengah dan Afrika.

Berikutan penutupan pejabat kedutaan Korea Utara pada 19 Mac lalu, ejen rahsia dan pekerja perdagangan dilaporkan ‘mengeluh’ kerana kegiatan mereka di negara ini dikatakan bertambah sukar sekiranya tiada pangkalan kedutaannya di sini. Difahamkan, mereka terpaksa menggunakan cara lain untuk berhubung dengan pengendali mereka di Pyongyang.

Angkatan Tentera Malaysia bersedia untuk berdepan dengan ancaman Korea Utara. Baca lagi pada pautan di bawah.

Angkatan Tentera Malaysia ‘Sedia Tempur’ Ugutan Konsulat Kedutaan Korea Utara

Malaysia Akan Terima Akibatnya Kata Konsulat Kedutaan Korea Utara

Kerajaan Beri Kedutaan Korea Utara Masa 48 Jam Untuk Keluar Dari Malaysia