Bunyinya mungkin agak mengejutkan namun itulah yang berlaku di Melaka apabila 604 pekerja sebuah kilang pemprosesan ayam dilaporkan positif COVID-19.

Bilangan angka positif tersebut hadir selepas ujian saringan yang dijalankan ke atas pekerja kilang sejak awal bulan ini sekaligus mewujudkan Kluster Industri Serkam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba seperti dilaporkan Melaka Hari Ini, penularan di kilang berkenaan bermula dengan seorang pekerja kilang yang bergejala.

Wabak berkenaan kemudiannya difahamkan telah merebak dalam kalangan pekerja yang lain termasuk warga tempatan dan juga asing.

Susulan daripada penularan itu, seramai 1,871 pekerja kilang tersebut diarahkan menjalani saringan sehingga semalam dimana 604 pekerja disahkan positif.

“Dari pecahan jumlah keseluruhan yang disaring itu seramai 443 individu terdiri daripada pekerja tempatan dan 1,428 adalah pekerja asing.

“Manakala seramai 154 individu kontak rapat yang disaring dan diarahkan menjalani perintah kuarantin disahkan negatif,” katanya ketika meninjau pelaksanaan SOP di kilang ayam tersebut.

Susulan daripada kejadian itu, kilang tersebut yang terletak di Serkam, Melaka tekah diarahkan tutup selama tujuh hari.

Ia selepas mereka didapati tidak mematuhi SOP dalam meletakkan pekerja di tempat yang sesak dan sempit dengan tidak menitikberatkan penjarakan fizikal.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Masih Jauh Dari Berpenghujung’- Dr Noor Hisham Kenang Setahun Melawan COVID-19

Awas! Saintis Dakwa COVID-19 Mampu Ganggu Tahap Kesuburan Lelaki

Takut Kena COVID-19, Lelaki Ini Tinggal Di Lapangan Terbang Selama 3 Bulan