Ada yang masih demam Black Panther? Jika ya, kurta dari Batik Souq ini untuk anda. Batik Souq melancarkan beberapa rekaan baharu untuk baju batik jenama ini tetapi yang mendapat perhatian ramai semestinya Kurta Wakanda ini.

Rekaannya persis baju yang dipakai oleh King T’Challa dalam filem Black Panther dan bagi kami, ini adalah rekaan yang awesome dan hampir sama seperti yang dipakai oleh T’Challa dalam filem berkenaan.

Kurta Wakanda full

Jika anda sudah ada baju raya Uniqlo dan mahu tambah baju yang unik, ini untuk anda. Ianya dijual pada harga RM159.

Bila pergi ke rumah sanak saudara nanti, bolehlah salam mereka dengan gaya ‘Wakanda Forever’. Untuk pembelian perlu ke laman rasmi Batik Souq di sini.