Ray-Ban memang terkenal di serata dunia sebagai pengeluar cermin mata hitam berkualiti tinggi tetapi kolaborasi terbaru mereka dengan pasukan F1 Scuderia Ferrari ini memang sangat awesome!

Pilihan rekaan yang ada juga pelbagai; dari rekaan klasik hingga moden dan setiap satunya memang sangat cantik. Rekaan Aviator, Caravan, Erika dan Wayfarer boleh dipilih dengan beberapa warna pilihan untuk setiap model. Paling menarik adalah logo Ferrari yang diukir bersama pada permukaan cermin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BUkH6pMAkLX/?taken-by=rayban

Dengan rekaan yang sesuai untuk dalam dan luar trek, anda tak perlu menjadi peminat tegar F1 untuk menyukai koleksi Ray-Ban X Ferrari ini. Buat masa ini, tidak pasti sama ada model kolaborasi ini akan masuk ke pasaran Malaysia atau pun tidak.

Jika anda sangat berminat, anda boleh beli di laman official Ray-Ban di sini. Julat harga dari USD230 (lebih kurang RM930) hingga USD280 (lebih kurang RM1200) bergantung kepada jenis model. Owh, tidak lupa juga ia akan datang dengan bekas kulit edisi khas yang sangat handsome.