Rayhan Khabir, lelaki warga Bangladesh yang sebelum ini muncul dalam laporan kontroversi Al Jazeera telah berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada semalam di Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Laporan tersebut menyebut Raihan berjaya ditemui selepas dua minggu diburu oleh pihak berkuasa selepas membuat kemunculan dan memberikan kenyataan dalam temu bual dokumentari dihasilkan Al Jazeera Locked Up In Malaysia Lockdown.

Penahanan itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi Harian Metro.

Bakal diusir

Rayhan yang ditangkap selepas dipercayai bersembunyi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur juga menurut beliau akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia selepas ini.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” kata Khairul Dzaimee dalam kenyataan, hari ini.

Md Rayhan Khabir, warga Bangladesh yang berada di Malaysia sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan komen dan pandangan yang diberikannya dalam temubual diterbitkan berkait pengurusan warga asing dalam mendepani COVID-19 oleh kerajaan Malaysia.

Beliau kemudiannya diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 sebelum akhirnya berjaya ditemui hasil risikan oleh Bahagian Risikan Ibu Pejabat JIM.

Beliau sebelum ini difahamkan bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum ditahan semalam.

Baca laporan kami mengenai beliau yang menimbulkan kontroversi dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di pautan di bawah.

Netizen Meluat Lelaki Bangladesh Ini Cuba Raih Simpati Walaupun Mengaku Mereka Adalah PATI

Pengacara Bernama Panggil Al Jazeera Sebagai ‘Al-Jahiliyah’ Dikenakan Tindakan

Sumber