Warga Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen sebelum ini disahkan akan dihantar pulang ke negara asalnya selepas tiada sebarang pendakwaan dikenakan ke atasnya di negara ini.

Penghantaran pulang Kabir itu bagaimanapun difahamkan memerlukan sedikit lagi masa kerana beliau masih menunggu keputusan saringan COVID-19 dan tiket penerbangan ke Bangladesh tersedia.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Rayhan mula ditahan JIM pada 24 Julai lalu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadapnya menurut Akta Imigresen 1959/63.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana memberikan komen terhadap usaha kerajaan Malaysia menguruskan warga asing dalam menangani pandemik COVID-19 di negara.

Komennya yang disiarkan dalam dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia Lockdown oleh Al Jazeera dalam rancangan 101 East itu bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada rakyat negara ini.

Susulan daripada itu juga, beliau kemudiannya diminta tampil sebelum berjaya ditahan sejak 24 Julai yang lalu.

Dan kini selepas hampir sebulan ditahan, Rayhan Kabir disahkan akan dihantar pulang ke negaranya selepas tiada pendakwaan dikenakan ke atasnya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pihak peguamnya melalui satu kenyataan yang dilaporkan di media arus perdana sejak semalam.

“Pihak imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Rayhan Kabir. Tidak akan pendakwaan dikenakan terhadap anak guam kami.

“Dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan Covid-19 dilakukannya selesai dan tiket penerbangan tersedia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam seperti dipetik Harian Metro.

Anda boleh menonton kembali komen yang diberikan Rayhan Kabir melalui video yang dikongsikan Al Jazeera di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai Rayhan sebelum ini yang menerima reaksi negatif daripada netizen susulan komen yang diberikannya itu di pautan di bawah.

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia

Pengacara Bernama Panggil Al Jazeera Sebagai ‘Al-Jahiliyah’ Dikenakan Tindakan

Kembali Pertahankan Malaysia, Lelaki Ini Jelaskan 15 ‘Kesalahan’ Al Jazeera Dalam Video Berat Sebelah Mereka

Anda Mungkin Suka