Perkhidmatan ‘MariCar Go-Kart’ di Jepun pernah viral satu ketika dahulu dan ramai pelancong yang mahu mencuba perkhidmatan tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, MariCar Go-Kart ini menjadi terkenal kerana membawa tema watak ikonik milik Nintendo, Mario.

Sebelum ini, pihak Nintendo telah mengemukakan saman terhadap MariMobility dan mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan penggunaan harta intelek mereka. Lantaran itu, Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun mengarahkan MariMobility membayar pampasan sebanyak ¥50 Juta Yen (~RM1.93 Juta) kepada Nintendo pada tahun 2018.

20160511-JAPAN-NEWS-GO-KART
Gambar hiasan. Sumber: AsiaOne

Pihak MariMobility telah membuat rayuan akan keputusan mahkamah dan menukar nama MariCar Go-Kart kepada Street Kart serta tidak akan menggunakan kostum Mario untuk perkhidmatan mereka.

Pada awal tahun 2020, pihak MariMobility telah cuba mengumpul dana ketika perbicaraan tetapi penularan wabak pandemik COVID-19 membantutkan hasil pengumpulan dana akibat kekurangan pelancong.

Kini, pihak mahkamah telah menolak rayuan pihak MariMobility dan tarikan go-kart tersebut telah ditutup serta merta. Bagi Nintendo, ianya tidak adil untuk mengaut keuntungan daripada watak yang mereka telah cipta dan bangunkan sejak 1980an lagi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis