Hari ini lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam keputusan majoriti 4-1 pagi ini, panel membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.

Berikutan keputusan itu, Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September tahun lalu.

Dalam permohonan kebenaran semakan sebelum ini, Najib mahukan mahkamah tertinggi negara supaya menyemak keputusan panel lima hakim pada 23 Ogos tahun lalu sekali gus melepas dan membebaskannya daripada tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Sumber