Krisis pelarian Syria yang serius telah menyebabkan ramai orang kehilangan nyawa. Sebanyak 3200 orang terkorban sepanjang krisis ini, termasuklah si kecil Aylan, dengan gambar-gambar yang telah menyentuh hati seluruh dunia.

rayyan-01

Dalam menghadapi kepayahan ini, seorang lelaki pemurah telah terbang dari Malaysia ke Skala Sikaminea, Lesbos di Greece. Rayyan Haries, membuka dapur kecil di sana untuk memberi makanan kepada 2000 hingga 4000 orang pelarian Syria setiap hari.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Lelaki berusia 25 tahun ini memberitahu Mashable, "Saya terbang dari Malaysia untuk membuka dapur ini untuk memberi makan kepada pelarian (Syria). Mereka telah menghadapi keadaan yang ekstrim. Kita tak perlukan banyak benda untuk memberi makan kepada seorang manusia, saya hanya mahu masak untuk mereka."

Antara menu yang dihidangkan adalah makanan Timur Tengah, teh panas, dan kadangkala, resepi fusion Malaysia. Mengikut Rayyan, beliau mempercayai "food is hope".

rayyan-02

Dalam menghadapi musim sejuk yang mendatang, Rayyan membuka akaun GoGetFunding dan cuba menghubungi idolanya, Ellen DeGeneres, untuk mendapatkan dana.

"Kami tidak mempunyai banyak duit atau sumber-sumber untuk menjadikan dapur kami kalis musim sejuk. Kami tak punya dapur berkualiti tinggi, tetapi kami punya hati yang kuat dan semangat untuk terus menjamu makanan. Kami sedang menunggu kontena dan stok makanan yang boleh menjamu 5000 orang sehari, sampai, dan itu sahaja yang kami ada," rayu Rayyan dalam laman web GoGetFunding.

Dalam video Faceboook page beliau, Rayyan menjadi sedikit sebak semasa memohon bantuan Ellen.

"Kalau awak boleh tolong kami, ianya sangat amazing kerana awak selalu membantu sedikit sebanyak untuk semua orang dalam dunia ini."

rayyan-03

Dapur Rayyan hanya terletak 50 meter dari Laut Aegean, iaitu laut deras yang selalu mengambil nyawa pelarian Syria yang tidak bernasib baik. Tetapi dengan personaliti ceria, pakaian berwarna terang, dan topi serta sarung tangan bertema binatang, Rayyan tidak pernah berputus asa untuk menyediakan makanan kepada mereka.

Sebagai orang Malaysia, kami amat berbangga dengan murah hati dan usaha Rayyan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

Semoga video yang telah mendapat 20,000 view ini akan sampai ke Ellen DeGeneres akhirnya!

I hope you see this Ellen DeGeneres, because I love you and you are my inspiration! I need your help to winter-proof my…

Posted by Rayyan Haries on Sunday, November 22, 2015

BACA: Jurugambar Dedahkan Di Mana Pelarian Kanak-Kanak Syria Tidur

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka