Sebagai peminat jam G-Shock, saya rasa jam tangan pintar (Smart Watch) Nabu Wacth daripada Razer ini nampak cool. Masih mengekalkan signature Razer iaitu warna hijau dan hitam, smart watch ini hadir dengan dua versi. Satu yang lebih high end (berharga $199 USD), satu lagi yang asal (berharga $149 USD).

High end Nabu watch lebih menekankan gaya “Forged” dengan rekaan hitam minimalis dan ranggi. Manakala edisi asal Nabu Watch mempunyai rekaan hijau terang pada penunjuk jam. Kedua-duanya menawarkan fungsi mengesan aktiviti, dan penyambungan dengan telefon pintar. Selain itu Nabu Watch juga hadir dengan fungsi sosial seperti shake-to-share.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nabu Watch juga boleh berfungsi seperti jam digital lain seperti stopwatch, alarm, countdown dan lain-lain yang anda rasa ada dalam jam digital. Ia boleh mengesan fitness goals, langkah, jarak perjalanan, kalori terbakar, tempoh tidur, dan tempoh aktiviti. Razer juga menyediakan app untuk anda keep track semua metrik anda. Untuk lebih maklumat lawati Razerone.com.

razer-nabu-smart-watch-1

razer-nabu-smart-watch-3

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram