Berjaya menarik perhatian ramai melalui model pertama mereka, Razer baru-baru ini telahpun memperkenalkan model Razer Phone 2. Melalui model ini, Razer telah membawa beberapa pembaharuan terbaru yang mana juga turut sesuai digunakan untuk gamer tegar mahupun kasual.

Apa yang membuatkan model ini tampil berbeza dengan beberapa model telefon pintar lain yang berada di pasaran adalah penawaran UltraMotion refresh rate 120Hz dimana para pengguna berpeluang melihat paparan yang lebih menarik dan smooth. Selain itu, Razer Phone 2 turut hadir dengan skrin paparan 5.72-inci Quad HD+.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Phone2-gallery-03
Sumber: Engadget

Mengulas dari segi spesifikasi pula, Razer Phone 2 dikuasakan dengan processor 845 serta dibantu dengan sistem sejukan yang bakal membuatkan Razer Phone 2 tidak akan terasa panas selepas beberapa ketika bermain game.

Model ini turut disertakan dengan RAM 8GB serta ruang storan 64GB. Lebih best Razer Phone 2 hadir dengan sokongan QuickCharge 4.0+. Dalam erti kata lain bateri berkapasiti 4,000mAh anda akan lebih cepat dicas.

Meskipun dilabel sebagai telefon pintar khusus untuk bermain game, model ini ternyata turut memberi fokus kepada aspek kamera dimana imej yang ditawarkan ternyata tidak mengecewakan. Penawaran dua kamera juga pastinya membuatkan imej yang terhasil lebih baik berbanding model sebelumnya.

Sumber: Engadget

Dari segi harga, Razer Phone 2 mula ditawarkan pada harga RM3,449 dan sedia untuk dimiliki melalui pengedar rasmi serta di Lazada. Anda boleh klik disini untuk melihat maklumat lanjut serta mendapatkan Razer Phone 2.

Berdasarkan harga yang ditawarkan Razer Phone 2 dijangka bakal menjadi saingan hebat buat ASUS ROG Phone yang ditawarkan pada yang lebih kurang sama iaitu RM3,499. Pada pendapat anda model manakah lebih berbaloi untuk dimiliki buat para gamer?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.