Razer sememangnya jenama yang tidak asing lagi buat para gamer khususnya PC. Hadir dengan aksesori dengan rekaan yang memukau antara yang membuatkan jenama ini sentiasa menjadi pilihan hampir dua dekad.

Jenama ini yang pada mulanya mengeluarkan aksesori PC ini akhirnya telah mengumumkan smartphone pertama mereka yang dinamakan sebagai Razer Phone. Dengan tagline ‘from gamers, by gamers’ model ini nampaknya bukan sekadar hype, malah berjaya membawakan apa yang dimahukan para gamer bagi platform Android.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk

Sumber: Engadget

Dari segi rekabentuk, Razer Phone berjaya membawakan rekabentuk yang simple dan elegen. Meskipun tidak mengikuti rekaan terkini, Razer nampaknya mempunyai sebab tersendiri dengan penyediaan bezel dibahagian atas dan bawah model ini.

Dikatakan penyediaan bezel yang disertakan bakal memudahkan pengguna untuk bermain game. Lebih menarik, Razer Phone turut disertakan dengan dua speaker stereo yang diletakkan dibahagian hadapan. Pastinya pengalaman bermain game atau menonton video akan lebih sempurna.

Spesifikasi

razer phone
Sumber: Engadget

Mungkin agak sukar untuk sesebuah jenama yang belum pernah mengeluarkan smartphone menghasilkan sebuah model yang hampir sempurna namun Razer berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Dari segi spesifikasi, Razer Phone dilengkapi dengan processor Snapdragon 835, RAM 8 GB serta ruang storan 64 GB. Sememangnya spesifikasi yang didambakan gamer bagi platform Android.

Sumber: Engadget

Namun apa yang menarik perhatian ramai bukanlah spesifikasi yang disertakan, Razer dikatakan telah bekerjasama bersama Sharp untuk menyertakan panel paparan Sharp IGZO dimana pengguna berpeluang bermain game sehingga 120Hz.

Bagi memberikan yang terbaik buat para gamer, Razer bakal turut bekerjasama bersama beberapa pengeluar game bagi menawarkan pengalaman bermain game yang lebih lancar.

Harga

Sumber: Engadget

Terkenal dengan jenama aksesori yang premium, model yang dikeluarkan juga pastinya dikeluarkan dengan tanda harga yang boleh dijangka ramai. Razer Phone bakal mula ditawarkan pada harga $700 (~RM2958.55).

Sebuah harga yang boleh dikatakan agak berbaloi pada pendapat kami sekiranya anda seorang gamer tegar memandangkan spesifikasi yang disertakan sangat memukau. Buat pengguna biasa, pilihan lain seperti Huawei Mate 10 dan OnePlus 5 antara yang boleh anda pertimbangkan.

Sumber