Razer sememangnya jenama yang tidak asing lagi buat para gamer khususnya PC. Hadir dengan aksesori dengan rekaan yang memukau antara yang membuatkan jenama ini sentiasa menjadi pilihan hampir dua dekad.

Jenama yang pada mulanya mengeluarkan aksesori PC ini nampaknya bakal mengembangkan produk keluaran mereka. Bermula dengan desktop rig, gaming laptop dan kini jenama ini bakal mengeluarkan gaming smartphone khas buat pengguna Android.

razer-blade-stealth-lid-1500×1000

Memandangkan ianya merupakan gaming phone, pastinya spesifikasi yang terbaik antara yang disertakan. Smartphone terbaru Razer ini bakal disertakan dengan Snapdragon 835, skrin paparan 2K serta ruang storan 64 GB. Bagi menjamin kepantasan dan kelancaran aplikasi, smartphone daripada Razer ini bakal disertakan dengan 8 GB.

Tidak cukup sekadar spesifikasi yang canggih, Razer dikatkaan bakal menyertakan aplikasi khas bagi menawarkan gaming experience terbaik buat para pengguna. Para gamer diluar sana mesti suka dengan berita ini.

gaming smartphone

Buat para peminat permainan platform Android diluar sana untuk menantikan pelancaran smartphone pertama Razer, syarikat ini menjadualkan pelancaran pada 1 November ini. Persoalannya, mampukah smartphone ini menarik perhatian gamer untuk mendapatkannya.