The Vocket berpeluang untuk menyaksikan pelancaran lima produk terbaharu HONOR yang sudah merentasi masa dan teknologi. Dengan slogan ‘Ready to Go Beyond’, pelancaran kelima-lima produk tersebut menunjukkan keyakinan HONOR untuk kembali menguasai pasaran.

Terdapat empat telefon pintar yang dilancarkan, iaitu HONOR X9 5G, HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7, semuanya dilengkapi Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS). Selain itu, HONOR juga membawakan kepada pengguna komputer riba kompak berkuasa, HONOR MagicBook 16.

MagicBook 16 difahamkan telah menjalani ujian yang ketat bagi memberi jaminan kualiti dan menjamin prestasi yang lancar selama 36 bulan – seiring dengan slogannya “Lagi Tahan Lagi Best”.

Pra-tempah bermula hari ini bagi HONOR X9 5G, HONOR X8 dan HONOR MagicBook 16, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,585 untuk dibawa pulang. Kesemua Siri HONOR X dilengkapi dengan lanjutan tempoh jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak selama 6 bulan.

HONOR X9 5G – 120Hz yang terkemuka dan HONOR SuperCharge 66W, Lagi Pantas Lagi Best

Diterajui oleh Paparan FullView HONOR yang terkemuka, HONOR X9 5G mengetuai inovasi teknikal HONOR, terima kasih kepada HONOR SuperCharge 66W dan jangka hayat bateri tahan lama 4800mAh, cas sehingga 50% dalam masa hanya 15 minit dan cas penuh dalam 40 minit untuk produktiviti sepanjang hari.

Rekaannya dibuat menjadi kompak, dengan bezel 1.05mm dan nisbah skrin ke badan 94% untuk genggaman yang mudah dipegang. Ciri paparan menjadikannya lebih baik, dengan Paparan FullView HONOR 6.81 inci, menyokong paparan kadar segar tinggi 120Hz untuk anda menonton filem kegemaran dengan jelas.

Tidak ada yang kurang dari segi prestasinya kerana dilengkapi oleh Qualcomm® Snapdragon® 695 5G cipset.

HONOR X9 5G boleh didapati (8GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM dengan pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

HONOR X9 – Kamera Quad 64MP untuk Fotografi Luar Biasa dan Kemampuan Video

Megah dengan kualiti kamera yang menakjubkan seperti Kamera Quad 64MP, Kamera Sudut Luas 8MP, Kamera Bokeh 2MP, Kamera Makro 2MP dan LED Flash, HONOR X9 mampu meraka gambar dengan kualiti terbaik. Ia turut disokong rakaman video 1080p dengan resolusi 1920×1080.

HONOR X9 hadir dengan HONOR SuperCharge 66W dan bateri 4800mAh yang mampu bertahan seharian walaupun anda sedang bermain game. Pengalaman bermain game menjadi lebih baik dengan Paparan FullView HONOR 6.81 inci serta keselesaan memegang dengan bezel sempit 1.05mm dan nisbah skrin ke badan 94%.

HONOR X9 yang dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 680 cipset tersedia dengan storan (8GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM dan pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

HONOR X8 – Peranti Nipis dan Ringan, Lagi Gaya Lagi Best

Telefon pintar bergaya HONOR X8 hadir dengan sentuhan klasik. Berukuran 7.45mm dan berat 177g, peranti ultra nipis dan ringan ini sesuai untuk wanita, mudah diselitkan dalam beg tangan dan poket. Kamera Quad 64MP menghasilkan fotografi yang premium, sesuai untuk merakam foto-foto menarik ketika bersantai di kafe pada hujung minggu, terima kasih kepada Kamera Sudut Lebar 5MP dengan sudut pandang 120 darjah dan aperture f/2.2 yang mampu merakam elemen-elemen sesuai dengan dengan gaya.

Paparan FullView HONOR 6.7 inci jelas dengan resolusi 2388x1080p, sesuai untuk maratonton siri TV, dilengkapi dengan kadar segar 90Hz dan nisbah ke badan 93.6% untuk keselesaan tontonan, tidak sama seperti yang lain.

HONOR X8 yang dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 680 cipset turut dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo, meningkatkan kecekapan dan membolehkan pengguna menikmati kelajuan yang lebih pantas dan mengoptimumkan pengalaman pengguna, memuatkan aplikasi dan kandungan.

HONOR X8 hadir dengan tiga pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black serta storan (6GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM.

HONOR X7 – Prestasi Bateri Luar Biasa untuk Perhubungan Tahan Lama, Lagi Besar Lagi Best

Mempunyai bateri ultra besar 5000mAh yang membolehkan keseronokan bertahan sehingga 20 jam dengan hanya sekali cas, peminat boleh dijamin bahawa HONOR X7 mampu bertahan lebih lama. Mempunyai ciri HONOR Wired SuperCharge 22.5W yang boleh mengecas dengan pantas, memberi keseronokan seharian yang tidak terhenti. Dilengkapi dengan LCD FullView HONOR 6.74 inci, kadar segar 90Hz dan nisbah skrin ke badan 90.07%, gabungan ini memberi pemandangan yang sempurna.

Dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 680 cipset dan HONOR RAM Turbo, peminat boleh menjangkakan aplikasi di latar belakang dimampatkan bqagi memaksimumkan fungsi RAM. HONOR X7 dibanggakan dengan bateri tahan lama untuk kegunaan seharian, pada masa sama menawarkan pengalaman keseronokan yang mengasyikkan pada harga mampu milik.

HONOR X7 boleh didapati pada (4GB + 2GB RAM Extension) + 128GB ROM dengan pilihan warna Titanium Silver dan Ocean Blue.

HONOR MagicBook 16 – Rekaan Kemas dengan Kuasa Tiada Tandingan

HONOR menyaksikan peningkatan jualan komputer riba, mencapai 167% penjualan sepanjang 2021 di Malaysia berbanding tahun sebelumnya. Menampilkan rekaan yang kemas dan rapi, HONOR MagicBook 16 hadir dengan hanya 1.84kg, berat ideal untuk pengguna profesional yang bekerja atau bermain game.

Menampilkan paparan 16.1 inci IPS anti silau dengan bezel nipis 5.1mm bagi memberi pengalaman menonton yang memuaskan, disokong oleh resolusi video 1080p dan kadar segar tinggi 144Hz untuk pengalaman yang seronok sama ada untuk tujuan profesional atau hiburan. HONOR MagicBook 16 dilengkapi dengan Sijil Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland, untuk mengurangkan pancaran cahaya biru yang berbahaya sekaligus melindungi dan memberi keselesaan mata.

Pemproses 7 5800H AMD Ryzen™ meningkatkan prestasi sehingga 26% berbanding generasi sebelumnya. Prestasi grafik juga ditambah baik sehingga 15%, menjadikannya sesuai untuk bermain game dan memproses fail-fail multimedia yang berat, termasuk foto, video serta suntingan perisian .

HONOR MagicBook 16 akan ditawarkan pada versi 16GB + 512 GB dengan warna Space Grey.

Pra-tempah HONOR X9 5G dan HONOR X8 bermula dari 29 Mac hingga 6 April. Pelanggan yang membuat pra-tempah HONOR X9 5G bakal mendapat hadiah percuma bernilai RM516, termasuk HONOR CHOICE Earbuds X, Sarung Telefon HONOR X9 5G, perlindungan skrin retak 6 bulan dan lanjutan tempoh jaminan 1 tahun, sementara bagi pelanggan yang membuat pra-tempah HONOR X8 akan menerima hadiah percuma bernilai RM436 termasuk HONOR CHOICE Earbuds X, perlindungan skrin retak 6 bulan dan lanjutan tempoh jaminan 1 tahun.

Komputer riba kompak berkuasa, HONOR MagicBook 16, dibuka untuk pra-tempah bermula 29 Mac hingga 13 April, rebut segera peluang untuk menangi hadiah percuma bernilai RM1,585 termasuk HONOR MagicWatch 2 46mm, Microsoft Office 365 Personal, tetikus tanpa wayar, beg galas komputer riba dan penjagaan bateri 1 tahun. HONOR MagicBook 16 juga disedia untuk pelan ansuran 0% selama 24 bulan, nikmatilah kuasa kompak dengan hanya serendah RM5.88 sehari.

Akhir sekali, pembelian HONOR X9 dan HONOR X7 boleh didapati bermula 14 April, peminat boleh menikmati lanjutan tempoh jaminan 1 tahun bernilai sehingga RM109. Untuk HONOR X9 5G dan HONOR X8, peminat boleh mendapati bermula 7 April, dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM298 seperti HONOR CHOICE Earbuds X dan lanjutan tempoh jaminan 1 tahun.

Untuk informasi lanjut mengenai produk baharu HONOR, anda boleh ke laman Facebook HONOR dan klik di sini untuk mengetahui rangkaian kedai rasmi HONOR.

8 sebab yang buatkan kami suka dengan Huawei Honor 8. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

8 Sebab Yang Buatkan Kami Suka Dengan Huawei Honor 8

5 Sebab HONOR MagicBook 15 Merupakan Pilihan Berbaloi Buat Para Pengguna

HONOR Malaysia Hadir Dengan Tawaran Menarik Sempena Jualan 7.7 Di Shopee