Sebelum ini, dikhabarkan Azwan Ali akan meninggalkan pentas rancangan Lagu Cinta Kita 2 sebagai pengacara dan ‘kuasa’ netizen membawa beliau kembali sebagai pengacara dalam episod semalam.

Mencuri tumpuan apabila Ziana Zain turut hadir dalam rancangan tersebut sebagai tetamu dan Azwan Ali pernah digosipkan bercinta tetapi Azwan hanya bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, Ziana Zain dan Azwan Ali yang mengenang persahabatan lama lalu mengalirkan air mata membuatkan ramai orang dapat merasai keikhlasan persahabatan mereka berdua.

Tidak itu sahaja, Azwan Ali turut bertanya sebab Ziana Zain tidak menerima cintanya pada satu ketika dahulu. Ziana Zain beri jawapan jujur dengan mengatakan Azwan Ali bukannya ‘taste’ beliau.

Malah, Azwan Ali yang kelihatan malu memberi reaksi mahu tuang air kepada Elly Mazlein pula. Oleh itu, rata-rata netizen berasa ‘pecah perut’ melihat gelagat mereka dan cukup terhibur menonton rancangan Lagu Cinta Kita 2.

https://twitter.com/fuz_vv/status/1333228803783499777

https://twitter.com/Akmal_Lonewolf/status/1333197666885353474

Walaupun kena ‘friendzone’, Azwan Ali tetap ‘steady’ katakan Ziana Zain ‘taste’ beliau. Apakah pendapat anda akan drama ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Azwan Ali pada pautan di bawah ini.

Hanya Jadi Pengacara Untuk 2 Episod, Azwan Ali Sah Tinggalkan Rancangan Lagu Cinta Kita?

‘Not My Level, Ok?’ – Netizen Tidak Setuju Sindiran Nabil Ahmad Terhadap Azwan Ali

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen