Jika anda berada di media sosial (dengan kerap) anda mungkin pernah terlihat secara sengaja atau tidak video kata-kata semangat daripada Andika Putera.

Video-video yang dikongsikannya sebelum ini sinonim dengan pesanan agar penonton tidak menghiraukan cemuhan daripada orang lain dan mengatakan ‘pergi mam***’ kepada mereka yang memberikan kecaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain daripada memberikan kata-kata semangat, Andika juga baru-baru ini dilihat ada menjawab soalan dan mengulas mengenai isu curang yang ditanyakan kepadanya.

dika
Tangkap layar video Andika yang mencetuskan kekeliruan di media sosial sebelum ini.

Dalam jawapan berkenaan, Andika menyatakan segalanya berlaku dengan keizinan Allah S.W.T di samping menggunakan tagline bersama jawapan tersebut.

Berbeza dengan pesanannya sebelum ini yang diterima baik netizen, jawapannya kali ini mengenai isu berkenaan bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dengan rata-rata dilihat tidak bersetuju dengan pandangannya.

Video asal jawapannya itu bagaimanapun difahamkan telah dipadam dan satu hantaran menjelaskan mengenai perkara tersebut telah pun dibuat di akaun Instagram-nya pada pagi ini.

Akui boleh timbulkan kekeliruan

Menyedari jawapan yang diberikan itu mengelirukan memandangkan ianya telah dipotonng untuk menjadi lebih pendek, Andika pada hari ini tampil memberi penjelasan di Instagram-nya.

“Pertama sekali Dika delete bukannya takut kena kecam atau apa. Memang salah Dika kekeliruan di situ.

“Dika crop pendek sangat, penjelasan tak cukup tepat dan boleh bawak orang kekeliruan,” jelasnya di Instagram.

Mengulas lanjut mengenai isu curang, beliau menjelaskan tidak menyokong perbuatan tersebut dan mengambil maklum perbuatan tersebut adalah salah dan berdosa.

Beliau bagaimanapun dalam hantarannya itu menasihatkan orang ramai sepatutnya mendoakan mereka yang terlibat dan tidak mengecam mereka.

“Kita bukan sesiapa nak menilai manusia, sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kecam dia, doakan kebaikkan.

“Daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat maksiat dan lebih rapat kepada Allah,” jelasnya lagi.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Boss Susu’ Jawab Isu Pegangan Saham Yang Kecil Bersama Syarikat Tenusu

‘Doktor’ Berpendapat Dybbuk Box Yang Dibeli PrinceMeed Sebenarnya Hanya Kotak Buatan Sendiri

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas