Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung kes COVID-19 yang naik mendadak ketika ini di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, perlaksanaan perintah ini dilihat bakal memberi impak yang kepada ekonomi semua lapisan masyarakat terutamanya mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menambah rasa pilu apabila tularnya tweet yang berkongsi video TikTok @Bilfami mengenai seorang pak cik yang berniaga selimut serta cadar bundle di pasar malam Isnin Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Rasa sebak mula hadir, pak cik berkenaan hanya berdiri dan menunggu kedatangan pelanggan untuk membeli barangan bundle yang dijualkannya tanpa beratapkan khemah dan hanya bercahayakan lampu jalanan sewaktu beliau berniaga malam-semalam.

https://twitter.com/adorezea/status/1348658883699503107?s=09

Apabila ditanya mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada Rabu ini oleh pemilik akaun TikTok kepada pak cik berkenaan, terkeluar ‘tawa kecil’ yang membuatkan netizen rasa sebak.

“Esok dah nak start PKP pak cik, macam mana pak cik nak berniaga ini?”

“Ha! ya, ke?” balas pak cik berkenaan dengan rasa terkejut dan sedih.

Perkongsian video tersebut sekali gus menzahirkan rasa sedih dalam kalangan netizen dan rata-rata mereka ingin membantu serta mendoakan supaya pak cik ini supaya dimurahkan rezeki. Berikut merupakan beberapa luahan netizen yang memberikan reaksi mengenai video sedih ini.

https://twitter.com/Fatinatashaaa/status/1348669230070198274?s=20

https://twitter.com/ramlysmail_/status/1348687235013517315?s=20

Netizen berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada pak cik berkenaan sepanjang pelaksanaan PKP ini. Semoga penularan wabak COVID-19 ini segera pulih pada tahun 2021 ini supaya kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Berikut merupakan beberapa pautan perkongsian kami yang terbaharu mengenai COVID-19 di Malaysia.

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Dr Noor Hisham Sahkan Pengembara Bawa Pulang COVID-19 Varian UK Ke Malaysia

Sumber