Semalam berlangsungnya satu perlawanan bola sepak antara dua pasukan musuh tradisi, JDT dan Pahang. Malangnya, tiada siaran langsung perlawanan disiarkan di mana-mana stesen televisyen.

2

Pengumuman daripada pihak Media Prima melalui facebook rasmi TV3 Malaysia mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat-peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong kuat pasukan JDT dan Pahang sendiri.

Atas kekecewaan ini, tersebarlah pelbagai ‘meme’ dan status-status kelakar di laman sosial facebook dan twitter. Dibawah kami sediakan 15 reaksi peminat yang kami boleh kongsikan:

1

Kami tidak tahu kenapa tapi status dibawah ini boleh tahan punchline nya.

3

Senyum Kambing juga tak mahu melepaskan peluang dengan isu hangat ini. Pandai mereka edit dialog.

4

Tidak terlalu berharap, lelaki ini sanggup bersusah payah dengan melakukan semua perkara seperti yang ditulisnya.

5

Dan ini, hasil kitar semula lawak daripada Filem Rock O arahan Mamat Khalid.

6

Sedikit kasar, tetapi isi yang cuba disampaikan oleh saudara ini ada benarnya.

7

8

Bijak abang ini menggamit memori golongan veteran yang pernah merasai era penjajahan jepun dahulu kala. Kreatif.

9

Lagi satu usaha murni yang wajar dipuji. Boleh tak?

11

Mungkin ramai juga yang sudah bersedia didepan kaca televisyen tetapi kemudian berasa sangat hampa.

12

Ini komen yang paling banyak kami lihat semalam. Rajin betul mereka.

13

Kami tak tahu sampai bila lawak jenis ini mampu bertahan.

14

Lelaki ini cuba mententeramkan keadaan dengan sedikit jenaka ringan.

16

Kami dapat rasa betapa kecewanya penulis status dibawah ini. ‘Tengok bola kampung je’. Banyakkan bersabar ya.

17

Seorang pengguna Twitter @sidchan pula hadir dengan poster siaran langsung perlawanan melalui Astro Ceria. Heh.

Screen-Shot-2015-03-03-at-2.17

Secara keseluruhannya, dapat kami simpulkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan bola sepak dan semangat ini seharusnya disokong oleh pihak-pihak yang berkenaan agar ianya tidak menjadi satu yang sia-sia sahaja.

BACA: Inilah Bukti Kukuh Harimau Malaya Bukan Hak Eksklusif Orang Melayu Sahaja

Jom like Facebook The Vocket.