Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan, rata-rata rakyat Malaysia lebih cenderung untuk memesan makanan atau barangan runcit melalui aplikasi peghantaran makanan seperti FoodPanda atau GrabFood.

Bila sudah menjadi pilihan ramai, sudah pastinya kejadian yang tidak diingini juga akan berlaku seperti satu kisah yang dikongsikan di grup Facebook FoodPanda Rider Malaysia baru-baru ini yang mencuri perhatian ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kejadian yang dikongsikan itu, salah seorang pelanggan telah memarahi dan memberikan kata-kata kesat kepada rider kerana pesanan yang diterimanya tidak lengkap seperti yang dibuat.

Bukan saja memarahi dan menggunakan kata-kata kesat kerana pesanan yang dihantar itu tidak lengkap, namun pelanggan berkenaan juga dilihat cuba melakukan provokasi dan menuduh rider berkenaan cuba untuk menipu dirinya.

Anda boleh melihat mesej yang dihantar pelanggan berkenaan kepada rider tersebut menerusi tangkap layar di bawah.

132023562_3070196543079768_7876965926726435091_o
Sumber: Facebook

Ketenangan kunci kejayaan

Walaupun dihujani dengan soalan yang bertubi-tubi mengenai pesanan berkenaan yang tidak lengkap, namun rider berkenaan berjaya menukar mood perbualan berkenaan menjadi lebih tenang.

Ia selepas beliau menjawab menggunakan juga Bahasa Inggeris dan tidak mengikut emosi dalam menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan.

“Hai Tuan/Puan, terlebih dahulu saya ingin meminta maaf  kerana tidak dapat menjawab panggilan tuan/puan kerana saya sedang menunggang motosikal dan saya akan terangkan melalui mesej berkenaan isu makanan yang hilang.

“Saya tahu dengan menjawab panggilan anda tetapi tidak dapat menerangkan isu tersebut hanya membuang masa jadi sekarang saya akan mengajar tuan/puan dan tolong baca dan ikuti langkah yang diberi.

“Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan bahawa makanan dibungkus oleh pihak KFC dan bukan penghantar. Tugas penghantar hanya menghantar makanan dan kami tidak boleh membuka bungkusan yang perlu dihantar jadi jika terdapat kehilangan makanan, anda boleh mengadukan perkara tersebut kepada pihak FoodPanda melalui aplikasi,” balas penghantar tersebut.

132429022_3070196823079740_3028474297548084912_o
Sumber: Facebook

Alangkah terkejutnya apabila pelanggan tersebut dapat menjawab dengan baik sejurus penghantar makanan tersebut menerangkan apa yang perlu dibuat jika terdapat makanan atau barangan yang dihantar tidak lengkap.

Bagi membantu pelanggan tersebut, penghantar makanan telah menerangkan langkah-langkah yang perlu pelanggan ikut bagi memaklumkan perkara berikut pada pihak FoodPanda.

Perkara tersebut bukan sahaja ditujukan kepada pelanggan tersebut tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama, anda boleh mengikuti langkah yang diberi.

Langkah pertama apabila pelanggan menyedari terdapat kekurangan makanan ialah buka aplikasi FoodPanda anda. Seterusnya, klik pada butang atas yang berada pada belah kiri. Selepas anda telah berbuat demikian, klik pada ‘Pusat Bantuan’ dan pilih pesanan anda.

Seterusnya anda pilih masalah yang anda sedang hadapi sekarang. Selepas anda sudah buat kesemua langkah yang diberi, anda akan dibawa terus ke sembang langsung FoodPanda. Di situ, anda dapat lampirkan bukti seperti memuat naik gambar makanan tersebut dan sebagainya.

Diharapkan dengan perkongsian ini, perkara tersebut dapat menjadi ikhtibar buat semua supaya kita sentiasa bersikap hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak bertindak mengikut emosi semata-mata.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai 16 rider FoodPanda yang kena ‘prank’ apabila mendapat tempahan di alamat yang sama. Baca pada pautan di bawah.

16 Rider FoodPanda Kena ‘Prank’, Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

‘Rider’ Foodpanda Buat Pelanggan Terkejut Hantar Makanan Guna Harley Davidson

Sumber