Baru-baru ini tular di media sosial video ‘kemunculan’ mendiang Lim Yoon Taek yang telah meninggal dunia 9 tahun lalu dalam bentuk hologram di program ALIVE pada Januari 2022.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Lim Yoon Taek seakan nyata dan hadir di acara tersebut walaupun menyanyi dalam bentuk hologram. Malah, Lim Yoon Taek muncul di pertengahan lagu menyanyikan lagu ‘Western Sky’ oleh Lee Seoung Cheol bersama ahli kumpulannya Ulala Session di atas pentas.

Lantaran itu, jelas terlihat di wajah keluarga Lim Yoon Taek yang tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sejurus melihat hologram susuk tubuh Lim Yoon Taek.

Kesedihan tersebut turut dirasai oleh ahli kumpulan Ulala Session yang lain kerana akhirnya dapat ‘bersatu semula’ bersama ketua mereka di atas pentas walaupun hanya dalam bentuk hologram.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen terkejut kerana hologram tersebut kelihatan ‘real’ dan juga berasa sebak melihat kemunculan Lim Yoon Taek.

https://twitter.com/iiuaiaee/status/1498845091762368513

Malah, para netizen turut tidak dapat membayangkan perasaan keluarga Lim Yoon Taek saat melihat mendiang muncul, pasti mereka berasa rindu dan berharap ianya benar. Rata-rata netizen turut berasa kagum dengan teknologi tersebut kerana hologram itu kelihatan nyata.

Untuk pengetahuan anda, Lim Yoon Taek telah berkahwin dengan kekasih hatinya, Lee Hye Rim pada 7 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Lidan pada Oktober 2012.

Lim Yoon Taek disahkan meninggal dunia pada 11 Februari 2012 akibat kanser perut tahap empat. Mendiang telah berjuang melawan kanser cukup lama sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sebelum ini, ‘virtual reality’ telah pertemukan ibu dengan mendiang anaknya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Lihat Bagaimana ‘Virtual Reality’ Temukan Ibu Dan Arwah Anaknya Dalam Situasi Penuh Emosi

Kumpulan K-Pop Baru ‘aespa’ Bawa Konsep Berbeza Dengan Gabungan Ahli Virtual Dan Realiti

Bas Ekspres Mewah Lengkap ‘Smoking Room’ Didakwa Langgar Undang-Undang Pengangkutan Awam