Sergio Ramos menjaringkan gol penalti untuk membolehkan Real Madrid menang 4-1 ke atas Atletico Madrid selepas seri 0-0 pada 90 minit perlawanan di final Supercopa de Espana pada awal pagi tadi di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi.

Untuk pengetahuan anda, pasukan Real Madrid dan Atletico Madrid sudah berkampung beberapa hari di Arab Saudi sebelum sepak mula berlangsung.

Antara sebab kenapa La Liga memilih Arab Saudi sebagai gelanggang akhir Supercopa de Espana adalah untuk mempromosikan liga mereka di kalangan masyarakat di sana.

Tetapi apa yang uniknya adalah selepas latihan santai berlangsung, kem Real Madrid telah melakukan satu aktiviti berpasukan di mana para pemain perlu meneka nama mereka di dalam bahasa jawi – untuk pengetahuan anda, jawi adalah sebahagian daripada bahasa arab.

Dalam satu hantaran terbaharu video di Twitter rasmi milik Real Madrid, kelihatan Lucas Vázquez dengan Álvaro Odriozola sedang mencari mana satu jersi mereka dalam tulisan jawi.

Anda boleh lihat gelagat para pemain yang boleh dikatakan main tembak sahaja jawapan mereka.

Usaha pasukan gergasi Sepanyol ini dilihat seperti mahu mengubah persepsi dunia bahawa segala apa yang kita faham tidak semestinya menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Sebagai contoh ; jika Benzema berjaya meneka nama kawannya di dalam bahasa jawi ia tidak akan menjadikan Benzema seorang pak arab.

Ia cukup sekadar pengetahuan meluas bahawa seseorang itu memahami bahawa dunia tidak hanya berkisar kepada kita sahaja.

Kepelbagaian wujud kerana mahu menjadikan dunia ini cantik dan lebih menarik.

Bayangkan jika dunia ini hanya wujud dengan satu budaya sahaja, dunia akan jadi tempat paling boring untuk kita hidup.

Sebelum ini Juventus melakukan perkara yang sama dengan mengeluarkan baju edisi khas nama pemain dalam kaligrafi jawi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Juventus Keluarkan Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi

Tular Gambar Kain Rentang Anti Jawi Di Pagar Sekolah Di Melaka

Dong Zong Buat Persidangan Bantah Tulisan Jawi, Beberapa Jalan Di Kajang Akan Ditutup Sabtu Ini