Bagi menghadapi saingan musim 2019/2020, kelab gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid mahu memberikan penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan oleh peminat setia kelab tersebut.

Kelab yang sinonim dengan julukan Los Blancos itu akan mengenekan jersi away yang menggunakan warna biru laut dengan ditambah beberapa sentuhan yang merujuk kepada sejarah dan juga rekod yang telah berjaya dicapai oleh seteru utama Atletico Madrid itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat corak seakan-akan gelombang bunyi yang dicetak pada jersi tersebut. Corak gelombang bunyi itu merujuk kepada sorakan padu peminat ketika Real Madrid memenangi “La Décima”, kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali kesepuluh pada 2014 dimana kelab yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti ketika itu menewaskan Atletico Madrid dengan keputusan 4-1 di pentas akhir.

Lucas Vazquez Nacho Fernandez
Sumber Gambar: Real Madrid
Isco
Sumber Gambar: Soccer Bible

Selain melancarkan jersi away terbaru, Adidas selaku pengeluar pakaian rasmi kelab turut melancarkan jersi penjaga gol yang mempunyai corak camouflage Harimau yang akan dipakai oleh penjaga gawang Real Madrid pada perlawanan di tempat lawan musim hadapan.

Navas dan Courtois
Sumber Gambar: Real Madrid

Pihak Adidas belum membuat sebarang pengumuman mengenai penjualan kedua-dua jersi ini di laman web mereka. Setakat ini, hanya jersi Home sahaja yang berada di pasaran khususnya pasaran Malaysia.