Pernahkah anda berangan-angan semasa kecil dahulu untuk merasai pengalaman bermain di dalam sebuah rumah pokok atau tree house?

Jika anda pernah menonton filem kanak-kanak terbitan negara Barat, seringkali para penonton dihidangkan dengan babak-babak sekumpulan kanak-kanak yang bermain di rumah pokok binaan mereka sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kadang-kadang, rumah pokok itu juga menjadi markas rahsia mereka dalam melaksanakan misi menyelamatkan komuniti. Begitulah kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka yang tidak terbatas.

tree house

Sedikit-sebanyak, babak-babak seperti itu meresap ke dalam jiwa kami lalu kami juga mahukan pengalaman sebegitu. Oleh itu, apabila kami mendapat tahu ada penginapan dengan konsep rumah pokok yang dibina di Malaysia, kami menjadi teruja!

Masakan tidak, ia umpama angan-angan zaman kanak-kanak menjadi realiti akhirnya!

Rainforest Tree House yang terletak di Gunung Pulai, Johor ini merupakan sebuah pusat penginapan yang menawarkan pengalaman unik serta lain daripada yang lain kepada mereka yang sukakan alam semulajadi. Menawarkan 6 buah rumah pokok dengan dua saiz keluasan berbeza, anda dapat merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam sebuah rumah pokok yang terletak tinggi di atas pokok.

Rainforest Tree House (2)

Walaupun anda bakal bermalam di dalam sebuah rumah pokok, namun anda tidak perlu bimbang kerana segala kemudahan asas telah disediakan seperti bilik air, tandas serta bantal dan tilam. Tambahan lagi, plug suis turut disediakan bagi kemudahan para pengunjung, maka tak perlulah anda bimbang kehabisan bateri telefon masing-masing.

Rainforest Tree House (4)

Rainforest Tree House (9)

Rainforest Tree House (7)

Rainforest Tree House (3)

Antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini ialah sesi pengenalan terhadap kepercayaan teras Rainforest Tree House, memupuk semangat cintakan alam semujaladi serta bercucuk tanam secara organik. Selain itu, anda juga boleh melakukan jungle trekking dan mandi-manda di air terjun Gunung Pulai dengan khidmat jurupandu.

Sekiranya anda ke sana, anda juga berpeluang melakukan aktiviti berikut dengan sedikit caj tambahan dikenakan iaitu:

  1. Lawatan ke ladang lebah dan ladang nanas
  2. River trekking dan vertical rope drop
  3. Membuat pizza dengan membakar di dalam oven bawah tanah

Rainforest Tree House (8)

Rainforest Tree House (11)

Rainforest Tree House 03

Rainforest Tree House (1)

Rainforest Tree House (6)

Rainforest 01

Rainforest 02

Pusat penginapan ini terletak di Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Rainforest Tree House, anda bolehlah melayari laman Facebook Rainforest Tree House. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 012-5279987 (Yao) atau 016-7560086 (Yu Ru).