Pagi-pagi, berbincang isu berat dengan seorang sifu teknikal FB Ads, Afifi Saidan. Beliau uruskan akaun yang puluh ribu ringgit satu hari, itu baru 1 akaun SATU ORANG.

Sedangkan ada beberapa orang jutawan sanggup bayar beliau ratus ribu ringgit sebagai bonus menjutawankan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya bertanya padanya, “Cip Fifi, aku pelik, kenapa orang sanggup bayar kau sampai ratus ribu untuk SETTING iklan saja?”

Jawab beliau, “Betul, cip (kami saling menggelar diri kami ‘cip’ sebagai ganti nama diri).”

Sambungnya lagi, “Orang cenderung melihat kejayaan dari angka-angka dengan mudah. Nak jadi jutawan, target bajet berapa, tengok nombor itu ini, untuk dapatkan result sekian-sekian. Sedangkan, mereka semua LUPA AKAN ASAS YANG PALING MUDAH: KENAL PELANGGAN.”

Kerana tak kenal pelanggan, seorang pemimpi sanggup bayar juta-juta, untuk dapat puluh juta. Bayar kelas belajar iklan sampai jejak RM80ribu satu hari. Sanggup batalkan cuti, ambil flight dari Paris, dan turun ke Malaysia bayar konsultan urus iklan.

Apa yang terjadi?

Saya tanya sifu ini, “Cip Fifi, kau rasa, kerja setting iklan ni senang?”

Dia mengangguk, “Memang senang, cuma kenal pelanggan saja, kita dah tahu CARA SETTING ‘suis-suis’ yang betul.”

“Tapi… perkara yang paling aku pecah kepala, bukan pada SETTING ‘suis’, tetapi pada COPYWRITING. Pada ayat Jualan.”

pemasaran-2

Itulah yang masih menjadi benak fikiran saya selama ini. Saya hairan, ada orang yang sanggup bayar iklan mahal-mahal, tapi, amat alergi bila diajak menulis.

Upah royalti untuk menulis, begitu ciput dibayar di Malaysia. Sedangkan di Barat, bayarannya yang paling eksklusif. Penulis skrip lakon layar mereka, dibayar sama mahal dengan pengarah filem.

Penulis iklan dibayar dengan amaun yang tinggi, PLUS dengan komisen peratus sekian. Ini kerana nilai kejayaan tidak dikira dari angka di depan mata, tetapi di masa depan, GROWTH.

Di Jepun, digajikan beratus orang penulis untuk beribu episod Doraemon, siap ada satu aras bangunan khusus untuk penulis STORYBOARD (Satu tingkat, bukan satu pejabat kecil). Tak kira ada berapa ribu animasi di sana.

Di Pixar, gaji penulis STORI paling mahal dalam setiap produksi animasi. Jawatan sama penting dengan CEO dan CTO.

Tapi, di Malaysia, orang memandang lekeh pada PENULIS, dan kerja menulis seringkali di’out-source’kan. Sedangkan, di tempat lain, tokoh-tokoh usahawan banyak yang menulis.

Menurut Doug Stevenson (sifu saya dalam Story Theater Method), “Ramai tak tahu, Steve Job dan ramai orang penting di Silicon Valley, setiap orang dari mereka telah menjual BERKALI-KALI, bertahun-tahun, berjuta-juta dollar dengan hanya satu STORI.”

Sifu saya, Cip Fifi, menekankan, “Padahal, Robin Sharma dah kata awal-awal dah, “The best business card ever is your own written book.

Tapi orang tak fikir betapa susahnya kerja-kerja menulis, seperti Story-writing, copywriting, skrip follow-up, skrip perbualan telefon, surat untuk pelanggan, dan lain-lain.”

Orang suka menilai pada angka, ‘profit-centered‘ sampai iklannya berbunyi TERLALU DESPERATE menjual. Nak kejar angka-angka conversion, tapi nak bayar sebuah tulisan dengan harga CIKAI-CIKAI.

pemasaran-3

Tengok orang lain tunjukkan screenshot bayar iklan sampai dapat juta-juta, tapi mana dia tunjuk apa ayat iklan yang jadikan angka itu.

Kata Sifu lagi, “Padahal, mereka lupa, ayat iklan ini dah macam salesman kot. Ia dah mewakili kita untuk bercakap kesemua info penting, ibarat askar di baris hadapan.”

Manusia, mudah melihat kejayaan dari angka. Tapi tak mahu fikir, macam mana nak mengurus emosi audien.

‘Money-oriented’, adalah permainan orang kaya. Sampai yang miskin sanggup berhutang riba untuk capai minda begini.

Tapi, ‘Human Touch oriented’, adalah permainan orang yang bijak berusaha. Mereka jutawan dengan kata-kata.

Tak percaya? Cuba tengok owner produk atau pemilik bisnes berjaya, tulisannya power-power. Stori mereka pelbagai, tapi misi ‘duit’nya konsisten.

 

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram